About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, December 15, 2010

Motif????

Aku betul-betul tak faham apa motif statement ayah malam tadi. Tiba-tiba cakap aku nampak macam student. Apa punya statement la... Cakap dengan bersungguh-sungguh pula. Lepas tu dok relate dengan cerita dia. Katanya masa umurnya 30 tahun (sudah berkawin dan ada anak), orang ingat dia baru berusia 26 tahun. Nak cakap aku dapat gen awet muda dari dia la tu. Cet.

Mendengar statement dari ayah buat aku dan adik-adik yang lain seakan blur. Aish... Kenapa pulalah ayah tiba-tiba keluarkan statement tu.

Aku tahu ayah concern pasal aku. Mana taknya, aku kerja bahagian jualan. Target market pula golongan korporat. Muka macam budak, macam mana nak jual produk???

Setakat nak beritahu pasal benda ni, aku dah lama tahu. Hmmm... Alahai...

No comments: