About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, September 21, 2008

Aku dan cinta..(2)

Cinta..

Persoalan yang mengganggu fikiran. Bantulah aku memahami konsep cinta!!!!

Sering ditanya sama ada sudah punya kekasih hati atau belum. Jawapanku hanya satu dan tidak pernah berubah. BELUM. Setiap kali itulah, perubahan ketara di wajah mereka yang mendengarnya berubah seakan tidak percaya. Aku BERBOHONG??? Untuk apa??? Jujur pun salah, tak jujur pun salah.

Bukan tiada yang berminat denganku. Bukan tidak pernah aku mendengar kata-kata manis yang menuntut cinta dariku. Malangnya, aku sendiri tidak tahu apa itu cinta.

Aku memilih??? Mungkin ya.. Terlalu memilih??? Itu bukan aku. Mungkin hati ini belum terbuka. Mungkin juga kerana aku lebih rela memilih jalan selamat. "Kahwin pilihan mak ayah".

Insan@insanE

Aku dan cinta..(1)

Siapa aku????

Apa itu cinta????

Aku hanyalah aku. Insan biasa. Mungkin terlalu biasa. Dari sudut pandanganku, aku adalah insan yang tidak layak dipunya. Tiada istimewanya aku di mata sesiapa. Begitu naif dan polos.

Cinta???? Sesuatu yang aku tidak punya. Sesuatu yang seakan asing pada penglihatan dan pendengaranku. Aku sering tertanya-tanya erti sebenar cinta. Namun terlalu banyak definisinya sehingga aku menjadi keliru.

Kalut memikirkan tentang aku dan cinta. Beratus cerita cinta telah ku baca, terlalu banyak yang sudah ku dengar dan banyak yang sudah kulihat tetapi masih mencari hubungan antara aku dan cinta.

Begitu pentingkah cinta sehingga cerita cinta bisa kudapat dengan mudah? Walhal seakan payah untuk aku memahami erti cinta. Terlalu banyak definisi. Sangat banyak terma. Kerana keliru erti cinta, lantas kutinggalkan tentang cinta. Akhirnya, hanya aku untuk diriku tanpa cinta.

Persoalan tentang cinta tidak pernah berakhir. Malah semakin banyak. Semakin ingin kulupakan, semakin mengasak minda. Minda sering memikirkan. Tanpa lelah walau sekejap. Kelakar mengenangkan aku terpaksa berguru. Tapi itulah hakikat. Dari seorang ke seorang aku berguru. Namun jawapan tidak pernah memuaskan.

Insan @ insanE

Saturday, September 20, 2008

Hidup ini..

Percaya atau tidak, terdapat ramai di antara kita yang mengeluh tentang hidup. Penggunaan kalau dan andai sering menghiasi bibir kita. Kita sering menginginkan kehidupan seperti orang lain yang mana kita sendiri tidak tahu bahawa orang lain mungkin menginginkan kehidupan seperti kita.

Mensyukuri nikmat Tuhan adalah perkara terbaik yang patut dilakukan. Ini kerana, setiap yang berlaku pasti punya hikmah di sebaliknya. Susah, senang, penat, lelah, pahit dan getir menambah rasa dalam kehidupan. Semua ini yang menjadikan hidup lebih bererti. Tanpa kesusahan, kita mungkin tidak akan menghargai kesenangan. Tanpa rasa penat, lelah, pahit dan getir, kita mungkin tidak akan menghargai pengorbanan.

Sebagai insan kerdil yang dikurniakan akal fikiran, kita harus melihat kehidupan daripada beberapa sudut yang berbeza. Hidup ini ibarat kain putih. Kita yang bertanggunggjawab mencorakkannya. Memilih warna-warna indah atau warna-warna suram adalah pilihan kita sendiri. Berbekalkan akal yang waras, pemerhatian yang menyeluruh, kita boleh menentukan hidup sendiri. Tidak wajar rasanya menginginkan kehidupan yang sangat sempurna kerana tiada satu insan pun di dunia ini memiliki kehidupan sempurna. Sebaliknya, kita harus berusaha mencorakkan hidup dengan corak yang unik dan tersendiri. Pucuk pangkal pada hati. Tepuk dada tanya selera.

Nikmati hidup kita sebaiknya. Hiasinya dengan indah supaya kita tidak menyesal saat kita meninggalkannya.