About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, September 21, 2008

Aku dan cinta..(1)

Siapa aku????

Apa itu cinta????

Aku hanyalah aku. Insan biasa. Mungkin terlalu biasa. Dari sudut pandanganku, aku adalah insan yang tidak layak dipunya. Tiada istimewanya aku di mata sesiapa. Begitu naif dan polos.

Cinta???? Sesuatu yang aku tidak punya. Sesuatu yang seakan asing pada penglihatan dan pendengaranku. Aku sering tertanya-tanya erti sebenar cinta. Namun terlalu banyak definisinya sehingga aku menjadi keliru.

Kalut memikirkan tentang aku dan cinta. Beratus cerita cinta telah ku baca, terlalu banyak yang sudah ku dengar dan banyak yang sudah kulihat tetapi masih mencari hubungan antara aku dan cinta.

Begitu pentingkah cinta sehingga cerita cinta bisa kudapat dengan mudah? Walhal seakan payah untuk aku memahami erti cinta. Terlalu banyak definisi. Sangat banyak terma. Kerana keliru erti cinta, lantas kutinggalkan tentang cinta. Akhirnya, hanya aku untuk diriku tanpa cinta.

Persoalan tentang cinta tidak pernah berakhir. Malah semakin banyak. Semakin ingin kulupakan, semakin mengasak minda. Minda sering memikirkan. Tanpa lelah walau sekejap. Kelakar mengenangkan aku terpaksa berguru. Tapi itulah hakikat. Dari seorang ke seorang aku berguru. Namun jawapan tidak pernah memuaskan.

Insan @ insanE

No comments: