About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, January 2, 2011

Merepek Kerana Bosan

WHOAH!!!! Aku dah habis idea nak buat apa kat rumah ni. Sejak Baby Black masuk wad, aku mati kutu. Bosan tahap GABAN!!! Hadoi... Dulu, kalau ada Baby Black, pantang bosan, mesti jalan... Ambil angin nak tenangkan jiwa. Kosongkan kepala yang serabut dengan bebelan mama. Sekarang, I have to bear with bebelan mama yang super duper power tu. Hmmm...

Azam tahun baru... Eh, macam tertambah azam jer?? ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Azam terbaru, bila Baby Black dah ok nanti, aku nak jaga dia elok. Tak nah drift lagi. Tak nak modify bende merepek. Biar Baby Black jadi kereta standard. Huuuuuuuuuu... rindu Baby Black sangat-sangat...

-End Part 1....


Yeah, ramai yang call tak kurang juga yang IM tanya pasal keadaan Baby Black sejak Baby Black accident. Thanks for the thought but, tak payahlah nak sambung bebel. Aku tahu salah aku sebab tak cermat. Lepas ni, aku dah taubat dah. Tak nak bawa laju lagi. Sengsara tanpa Baby Black.

-End Part 2


Eh, macam banyak cerita pasal Baby Black??? Sebab aku rindu dia sangat kot... Alahai... Enuff with Baby Black... (sebak)


Sedar tak sedar, umur aku akan mencecah 26 tahun bulan Jun ni. Adoi. Sebagai awek comey (ahaks..perasan) aku tak terkecuali dari berdepan dengan soalan stereotype yang berbunyi,"Bila nak kahwin?" atau "Dah ada calon ke belum ni? Boleh masuk line?" Soalan-soalan yang macam ni lah yang buat aku allergy and trauma also phobia nak balik kampung or pergi kenduri kahwin. I'm happy being single. So, what???? Sibuk sangat nak ambil tahu hal orang. Aku tahu macam mana nak urus hidup sendiri. BENCILAH!!!!

Kepada mamat-mamat yang kat luar tu, meh sini aku nak buat announcement. Aku ni masak setakat boleh alas perut je. Tak hebat mana pun. Mengemas memang aku tak suka sebab aku ada alahan dengan habuk. Kena habuk sikit pun kulit aku akan ada rashes, lepas tu mulalah nak sneeze (bersin) tak berhenti. Lagi, aku ni liat bangkit pagi. Kena ada banyak alarm baru bley bangun. Kalau ada yang tersimpan perasaan kat aku, sila pertimbangkan sifat-sifat negatif ni. Aku malas nak cover2. Buat susah aku je nanti.

Sempena 2011, aku nak jadi lebih straight to the point. Tak payah nak berbunga-bunga bila nak cakap dengan aku. Aku bukan buat-buat tak faham tapi sesungguhnya aku memang tak faham langsung bunga-bunga yang encik-encik cuba sampaikan ni. Terus terang lebih senang. Berkomunikasi secara berkesan ya?

Pengalaman lalu buat jiwa aku jadi kental macam Choclairs (kental kah? kah..kah..kah..). Segala kutukan dan kritikan tidak akan meninggalkan luka parah di hati. Sehubungan dengan itu (pinjam ayat Pak Sako bila buat surat rasmi), anda semua terpaksa bertahan dengan kelancangan mulut yang aku cover pakai insurance murah ni. Harap maklum.

Ahahaha... Teruk kan aku ni? Aku tak suka la pakai topeng bagai. Rimas. Aku bukan bijak sangat nak menipu. Mudah kantoi. Sebelum kantoi dan malu besar, baik aku declare siap-siap. ngeeeeeeeeeeeeeeeeee...

**aku bermonolog
Aku sendiri tak faham kenapa mereka selalu anggap aku ni mudah. Siap bet kot nak tackle aku. Seriau mak!!! Aku nak bagi no telefon kat orang pun kena fikir dulu. Ingat senang-senang ke nak ajak aku date? Hello!!! Aku bukan barang longgok kat pasar malam, ok!!! Kau tabur cerita pasal ada Benz kat rumah pun aku belum tentu percaya. Inikan pula kau dengan bangga nak cerita masa depan dengan aku? Ishk... Go slow bro... Aku bukan jual mahal. Tapi aku tak buat jualan mega sale. Kalau dah rasa berkenan dengan aku, pandailah tackle. Kalau setakat say hi and ask for telephone number... Sorry nok, mak tak layan. Tak berapa nak sopan. Datang dengan gentle kan bagus. Approach appropriately. Aku memang bukan puteri. Tapi salah ke kalau bersopan dan berbudi bahasa? Aku memang laser. Tapi aku tak laser orang tak pasal-pasal. Haish... Tinggi sangat ke permintaan aku ni? Atau aku cuma layak untuk mereka yang kurang serius dalam hal macam ni? What ever...

No comments: