About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, January 10, 2011

Berhujung Minggu di Rumah: Fesyen ke Pejabat

Hujung minggu pertama 2011. Aku habiskan masa dengan tidur dan melayari internet. Bosan? Bahagia juga sebenarnya. Mama tak bising. Cuma ayah yang banyak membebel. Terbalik. Azam tahun baru mereka agaknya.

Penat main game CSI di Facebook, aku google cari input untuk blog entry. Harapan. Tak ada topik yang menarik. Aku cuba cari fesyen untuk wanita bekerjaya yang terkini, tapi hampa. Tak ada yang berkenan di hati. Tak banyak pilihan lebih-lebih lagi bagi mereka yang bertudung. Nak kena pakai baju 2-3 lapis pula. Dah kering idea agaknya pereka fesyen sekarang ni, khususnya yang mereka pakaian atau busana muslimah. Kenapalah tak direka sahaja pakaian mudah dan ringkas yang boleh disesuaikan untuk ke tempat kerja dan majlis selepas kerja? Kalau ada pun bilangannya terlalu terhad. Kalau dah berlilit macam mummy, tak tergamak pula aku nak pakai untuk pergi kerja.

Aku rasa rekaan untuk busana muslimah tidaklah sesukar mana. Setahu aku, warna dan coraknya tidak perlu terlalu menonjol. Memang aku tidak arif dengan fesyen, gaya dan trend. Mungkin ada yang tengah mengutuk sebab aku keluarkan statement macam ni. Tak kisahlah nak cakap apa pun tapi bagi aku yang kurang ilmu dalam hal-hal sebegini, ianya cuma pandangan aku.

Petang semalam aku secara tak sengaja tertonton sebuah program di TV9. Aku tertarik dengan satu slot berkenaan fesyen. Fesyen yang ditampilkan VINTAGE katanya. Maka,Si Pengusaha Butik (SPB) ni dengan bangganya ceritalah tentang pakaian, accessories dan cara menggayakan. Hmmm... Perkara yang mengganggu mata aku, model dia semangat... Aku tak ada masalah dengan orang bertubuh gempal tapi bermasalah bila busana yang digayakan tu macam tak sesuai dengan tubuhnya. SPB tu boleh pula suruh Cik Model(CM) pakai pakaian sedemikian. Walhal banyak lagi rekaan lain yang ada dalam butik tu. Paling kelakar, dipakaikan pula CM tali pinggang bersaiz kecil yang mana ini membuatkan bahagian sekitar abdomen tampak berlipat atau bahasa kurang sedapnya, lemak menggelebeh di bahagian perut. Padanan pakaian dan tali pinggang yang digayakan tidak sesuai. Speechless makcik!!! Aku rasa aku yang kurang berpengetahuan pasal fesyen ni lebih elok kot citarasa berbanding SPB yang sepatutnya lebih arif berkenaan fesyen ni. Apa-apa pun, aku nak ucap semoga berjaya kepada SPB sebab tak ramai orang yang berani buka perniagaan sendiri lebih-lebih lagi wanita yang berusia muda (aku rasa umur dia awal 20-an).

Sampai di sini dulu mengomel.

No comments: