
Nak kena selit juga masa melepak bersama teman lain. Masa untuk menjoyah mesti kena spare. Kalau tak, cramp otak aku. Hahaha... Makanya, aktiviti seperti mengempiskan perut dan memantapkan otot perlu dilakukan semasa hari bekerja.

Aiseh, bulan tiga kena pergi MATTA FAIR!!! Aci tak kalau suruh Cik Orissa dan Cik Soraya je yang pergi untuk fair tahun ni. Tahun ni, aku amik cuti.. hehe... Tapi mestilah hati meronta-ronta nak tengok best deal. Ala... Takpelah. Aku serahkan tugas ni pada Cik Orissa yang bijaksana. Hajat hati nak lepak pulau... Duit tak simpan lagi. Sewel la aku nih.
Ok, berhenti merepek. Aku kena semak jadual tahunan pula. Trip cuti-cuti family pun aku belum plan. Trip lepak dengan schoolmate pun sama. Paling sempoi, trip dengan keluarga jag0ng. Rasanyalah kan, kalau aku combine semua jadi satu trip, aci tak??? Boleh bagi nama "Trip Bersama Tersayang". Sempena trip aku bersama orang-orang kesayangan aku dan orang kesayangan mereka... Best tak nama tu??? Semua orang dialu-alukan untuk join dengan syarat mesti bawa orang yang ada connection dengan aku SAHAJA. Hehehe...

No comments:
Post a Comment