About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, February 14, 2011

14/2/2011: Isnin Paling Mencabar

Hari yang sungguh dahsyat. Bermula sedari jam 11 malam pada 13 Feb, dan akan bersambung sehingga 15 Feb. Nak dijadikan cerita. Setelah puas merasai nikmat berhujung minggu, aku pun buka emel tepat jam 11 malam. Dengan muka yang berwarna warni aku menjerit macam orang gila. Bos emel aku 12 Feb tapi tak SMS/call aku pun. Task due on 14/2/2011 iaitu HARI INI!!! Bongok macam babun punye manusia. Dia ingat aku bercuti kat rumah mengadap komputer 24 jam? Kalau aku mengadap sekalipun, dia ingat, company bayar gaji aku kerja hujung minggu? CET!!!

Dengan rasa tidak tenang aku cuba tidur. Tergolek sana. Tergolek sini. Penat terlentang, aku menyarap. Siap menonggeng. Sudahnya, aku tak boleh tidur sampai jam 2 pagi sebab memikirkan kerja yang tak siap. Tak kan aku nak suruh kawan berjaga semata-mata nak siapkan kerja aku? Oh, aku di suruh tuan director untuk minta kawanku ini siapkan task yang diberi. Setelah membuat panggilan demi untuk meluah rasa tak puas hati dan gabra, aku mengambil keputusan untuk datang awal ke pejabat. Yeah!!! Dengan mata lebam macam panda, aku masuk ke pejabat. Diketawakan oleh pak guard dan rakan sekerja yang lain. Siot!!! Maka, bermulalah kisah aku yang macam orang gila.

Aku memang dah agak bos aku mesti taichi kerja kat aku. Sebenarnya, tuan director suruh dia buat. Dengan seronoknya dia ke Penang tinggalkan kerja melambak kat aku. Paling best, suruh aku pergi beli tender document kat melaka. Lepas tu suruh attend tender briefing kat Taman Desa. Gila??? Memang tak sempat buat. Aku minta kawan lain pergi beli tender document kat Melaka. Yang menariknya, beliau tak beli sebab kakak kat kaunter cakap apa entah. Hadoi... Aku terpaksa pergi tender briefing ditemani COO sebab budak teknikal tak ada seorang pun kat pejabat. COO jadi driver??? Klazz mak, nok!!! Sampai kat tempat tender briefing, aku sempat jejak kasih pula dengan classmate masa ambil diploma dulu. Hehehe...

Memang lapar tahap dewa. Aku tak makan tengah hari kot... COO pon sama. Habis tender briefing, kami lajak makan kat tasik. Akhirnya, perut berhenti berbunyi... Sedap pula mihun goreng di situ. Hehe...

Belum pun sampai pejabat, telefon tak henti-henti berbunyi. Sebenarnya telefon mula berbunyi sedari aku tiba di lokasi tender briefing. Ramai betul yang cari aku!!! Tension betul. Bila aku ada kat pejabat, tak pula sibuk nak tanya itu ini. Fuhhh!!! Penat gila. Sampai nak cakap pun tak larat.

Esok Maulud Nabi. Aku kena kerja. Presentation slides yang poyo nak superb tu terpaksa aku siapkan sebelum tengah hari untuk di review oleh para bos... Aish...

Mama dah buat muka. Dia nak ajak berjalan, tapi aku tak ada kat rumah. Sorry lah mama. Susah kerja cari duit ni. ~sob...

Mahu tidur awal. Esok mesti sampai pejabat sebelum jam 10 pagi. Nitez u ollz!!!

No comments: