1. Baby Black
Mesti kasi superb Baby Black kesayangan.
Kasi perform dia punya enjin.
Kasi mantap dia punya outlook.
2. Appearance
Aku mahu nampak lebih presentable.
Tak mahu nampak macam budak kolej dan tak nak nampak macam makcik.
Gaya, Mutu, Keunggulan... ahahaha...
3. Komunikasi & Interaksi
Cara komunikasi pun nak kena ubah.
Lepas ni aku kena tukar gaya nak approach orang.
Kena buang perasaan malu yang menyusahkan.
Muka tahun ni kena lebih tebal dari tahun lepas.
Bercakap perkara yang bernas dan berisi.
Kena kurangkan merepek, menceceh dan membebel.
4. Kewangan
Memandangkan usia semakin lanjut, aku kena ada plan kewangan yang bagus, stabil dan berkesan.
Aku tengah dalam membuat sistem simpanan sendiri (masih dalam kajian).
Dalam masa setahun ni aku mesti boleh bayar minimum separuh dari hutang PTPTN. ahahaha...
Macam mana nak buat? Hutang dengan Ah Long?
Masih sedang berfikir. Hope I'll get the solution before end of January.
5. Aset lain
Yang ni ada kena mengena dengan item 4. Terfikir juga untuk aku tambah aset. Oleh kerana kedudukan kewangan yang belum stabil, aku terpaksa simpan niat dulu. Projek tahun depan kot.
6. Kerja & Pendapatan
Aku akan terus cari peluang untuk tambah pendapatan sehingga RM 60,000 tahun ni.
Pendapatan sedia ada tak cukup untuk langsaikan segala hutang perbelanjaan.
Kerja apa aku nak buat?
Mungkin aku akan buka perniagaan secara kecil-kecilan.
Mungkin juga aku akan bekerja sambilan di hujung minggu.
Sesiapa yang ada kerja sambilan untuk ditawarkan pada aku, sila hubungi aku via email.
Nak suruh jaga booth ke, jaga kedai ke, aku boleh buat. Tapi prefer hujung minggu la.
Kalau ada yang nak mintak khidmat design brochure ke, banner ke, pun boleh cari aku juga. Errrr... katakanlah korang ada nak buat event nak kena prepare goodie bags ke or apa-apa merchandise, boleh juga hubungi aku.
Email: luvazza@yahoo.com.sg - Aku orang Malaysia walaupun belakang email tu sg. hehehe...
Boleh juga kalau nak cari kat facebook. Tapi leceh sikit sbb aku dah private kaw-kaw page tu.
7. Masa Rehat/Cuti
Aku dah tengok kalendar tahun ni. Tak best betul timing cuti. Tak banyak cuti.
Oleh yang demikian, aku hadkan masa cuti aku tahun ni. Sebab aku nak cari duit kaw-kaw.
Aku pilih cuti wajib je tahun ni. Kalau nak release tension, bercuti di hujung minggu je dan cuma boleh bercuti sebulan sekali. Macam tahun lepas, HEAVEN sangat sebab bercuti tiap-tiap minggu. Tahun ini, kena kerja lebih sikit. Kalau dapat, hujung tahun ni aku nak pergi cuti kat oversea. So, kenalah jimat cuti dan jimat duit.
8. Teman Hidup
Well, tahun ni aku tak plan nak bercinta. Tahun ni malas nak fikir. Tahun depan baru start fikir balik. Tahun ni betul-betul nak fokus kat diri sendiri je.
9. Kesihatan
Tahun ni aku nak jaga pemakanan. Aku nak jadi sihat walafiat. Tak nak sakit-sakit.
Aku dah siap plan beriadah/bersenam. Seminggu mesti work-out at least 1 jam.
Di mana? Mana yang sempat. Kat tasik depan pejabat pun boleh je.
Kesihatan yang baik boleh buat aku lebih bahagia. Nak buat apa pun steady je.
Oleh yang demikian, aku akan start diet yang seimbang mulai hari ni. Sebenarnya, aku dah lama start diet seimbang tapi dia jadi kurang seimbang sebab aku tak banyak minum air masak dan bersenam.
Apa perlu aku buat untuk misi sihat ini?
Bermula dengan diet.
Pastikan aku dapat zat yang sepatutnya dan cukup dalam sesebuah hidangan.
Maksudnya mesti ada karbohidrat, protein, zat besi, vitamin, kalsium, dan segala nutrien penting yang mesti ada bagi memantapkan kesihatan badan.
Karbohidrat, lemak dan protein adalah zat yang membekal tenaga, sebab mereka terdiri dari bahan kimia dikenali sebagai bahan organik yang mengandungi karbon dan boleh membakar. Protein, garam galian dan air adalah sebahagian dari komposisi tisu badan dan sangat penting untuk membina dan membaikpulih sel dan tisu. Vitamin adalah bahan dari pelbagai jenis organik terdapat dalam kandungan sedikit dalam makanan, tetapi amat penting untuk pembesaran dan kesihatan. Fungsi utama vitamin ialah mengawal proses badan seperti proses metabolisma, fungsi urat dan otot dan kesihatan tisu. Air adalah bahan pengawal, membawa bahan-bahan dalam bentuk cairan dalam jus pencernaan (penghadaman, darah dan tisu, membantu mengawal suhu badan. perkumuhan, pengaliran darah, dan lain-lain. Makanan juga mengandungi serat (fibre) berfungsi dengan air bagi menjaga proses pembuangan, membersih usus dan mengelak dari sembelit.
Contoh mudah.
Hidangan sarapan pagi:
Roti yang kaya serat bersama tuna atau telur disertakan bersama salad, tomato dan timun. Tambahkan sos sebagai perisa tambahan. Selain itu, pengambilan cereal di waktu pagi amat digalakkan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari http://zestzfulness.blogspot.com/2010/03/kebaikan-bijirin-oat.html
Hidangan tengah hari:
Semangkuk nasi (buakanlah mangkuk besar), lauk seperti ikan, ayam atau daging (pilih satu saja) bersama sayur-sayuran. Elakkan pengambilan makanan yang berasaskan santan. Ini kerana ianya mengandungi banyak lemak dan kurang sesuai untuk orang yang sedang mengamalkan diet seimbang lebih-lebih lagi yang malas bersenam. Nasi ayam merupakan contoh sesuai untuk menu hidangan tengah hari tapi takkan lah hari-hari nak makan nasi ayam pula. Boleh lihat contoh hidangan tengah hari seperti di http://livelifeenjoy-pearlnscarf.blogspot.com/2010/12/azam-yang-dah-tercapai-atau-masih_15.html
Hmmm... Aku bukanlah hebat sangat nak cerita pasal diet seimbang semua ni. tapi setakat yang aku dah baca, inilah yang aku boleh kongsikan. Boleh cuba layari laman web seperti:
http://theonlygadis.blogspot.com/2010/04/menu-sihat-untuk-si-comel-gemok.html
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/PenurunanBeratBadan.php
Bersenam...
Aku dah dapat kenal pasti lokasi Gym yang akan aku pergi selain jogging kat tepi tasik atau taman-taman. Kat area rumah aku ni ada Gym yang nampak murah, hopefully equipments ok. Kalau tak pun, ada sahabat yang mengajak aku untuk menggunakan kemudahan Gym kat rumahnya. Layan...
Setakat ini dulu. Daaaaa....
No comments:
Post a Comment