About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, January 23, 2011

Tertekan Pasal Kerja

Seorang pengurus tugasnya mengurus. Seorang Pengurus Akaun tugasnya mengurus akaun. Sekiranya seseorang itu bertugas sebagai penghantar surat, penyusun fail, meng"update" data, menjadi kaunter pertanyaan,dan menerima makian, orang itu ialah aku. Bila dah tak ada projek, akaun siapa aku nak urus? Macam mana nak ada projek kalau tak cari? Macam mana nak cari kalau sibuk buat kerja orang lain? Kenapa bagi aku "title" bukan main gempak kalau kau setakat nak suruh aku jadi "dispatch cum clerk?" Tak nak tambah sekali dengan "job tea-lady" ke? Bukan main banyak kerja kerani kau suruh aku buat, budak kerani kau tak suruh pula buat kerja aku?

Aku bukan nak kufur nikmat, tapi agak-agaklah. Aku ada kelulusan. Aku ada pengalaman kerja. Aku mahir dengan bidang aku. Kalau betul kau tak suka aku, berhentikan aku. Kau ingat aku kerja sampai tengah malam sebab aku banyak masa lapang? Kau ingat aku kerja hari cuti sebab aku suka? Jangan jadi ba***** lah. Kalau tak tahu nak tadbir/urus syarikat, pergi belajar. Banyak buku pasal pengurusan perniagaan ada jual kat kedai buku. Nak aku hadiahkan ke? Kau janganlah ingat kau suka kerja 24/7, orang lain pun suka juga. Orang lain nak luang masa bersama keluarga juga. Nak juga selesaikan hal peribadi.

Aku betul-betul tertekan dengan kerja sekarang. Kenapalah X-Bos pergi... Macam-macam aku belajar dengan dia. Dalam masa kurang dari 6 bulan aku hampir habis "cover" subjek pemasaran dan perhubungan awam. Tak sempat nak belajar "sales". Bos baru ni l*****. Apa pun dia tak ajar. Balik-balik suruh aku hantar surat. Akal ada ka? Aku memang tak boleh kerja dengan orang yang tak pandai ni. Alangkah bagus kalau bos boleh baca isi hati aku.

Fikir-fikirkanlah.

No comments: