About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, January 21, 2011

Aku Jadi Kaunselor...

Ayah pernah cakap, kaunselor selalu tak buat apa yang dia cakap. Dalam bahasa kasarnya, cakap tak serupa bikin. Sebagai contoh, ayah selalu nasihat kawan-kawan pasal budget bulanan dan simpanan masa hadapan tapi dia haram nak buat. Cet.


Same goes to me. Bukan main pandai lagi aku nasihat suruh orang bersenamlah, ambil diet seimbanglah... Aku???? Haram nak buat. Bukanlah tak buat... Masa study dulu memang aku tak nafikan, aku rajin bersenam. Sejak masuk alam kerja, jarang sangat aku bersenam. Join Gym membership tapi setakat bayar yuran tiap-tiap bulan. Datang cuma 7 kali dalam setahun. Orang kata teh hijau boleh kasi kurus, aku pun layan lah... Aish... Jangan tiru ya kawan-kawan...

Berkenaan teh hijau. Jujur aku cakap, aku tak suka minum teh hijau sebelum ni. Selepas kena paksa dengan x-bos aku yang suka sangat belanja aku makan sushi, maka dengan otomatiknya aku pon layan je lah teh hijau. Mula-mula tu memang rasa macam nak sumpah je orang tua tu. Tapi bila mengenangkan teh hijau ni sangat banyak faedah dari keburukan, aku belasah je. Bukan boleh buat mati pun. Setahun aku melayan teh hijau. Aku rasa biasa. Tak ada yang pelik pun berlaku lalu aku pun google mencari maklumat tentang teh hijau. Mencari tahu kebenaran tentang teh hijau.



Gigih kan aku? Al-kisah, kawan-kawan aku rajin top-up stok teh hijau. Berkotak-kotak. Pada mulanya, aku paksa ayah minum. Settle sekotak, dia surrender. Aku tengok dekat kabinet dapur, ada lagi sekotak. Aku layan lah teh tu kasi habis. Minum punya minum, dok terfikir kenapa stok teh ni tak habis-habis. Bayangkan, 1 uncang aku boleh buat 3 mug dan aku sorang je yang minum. Dasat... KEMBUNG wei!!!! Selepas peristiwa kembung, seminggu aku tak minum apa-apa teh. Tapi lepas tu minum lagi. Masalah aku, sampai sekarang bila aku buka pintu kabinet, aku masih lagi nampak kotak teh tu. Aish... Bila nak habis ni... Aku nak cuba jenama lain pula. Sangkak mak nak abiskan, nok!!!


Kembali kepada tajuk asal, aku jadi kaunselor. Seorang sahabat bertanya tentang side-effect teh hijau. Jujur aku cakap, aku tak tahu. Tapi pada amnya, mama pernah cakap jangan banyak minum teh sebab boleh kembung. Aku buat kesimpulan, benda ni merangkap semua jenis teh. Memang aku tak rajin minum teh hari-hari. Sahabat tanya apa kesan kalau minum teh hijau setiap hari. Aku pun google pasal side-effect. Well, teknologi di hujung jari. Kalau nak tanya aku yang kurang knowledge ni, memang tak tahulah kan. Gigih aku cari pasal side-effect. Bukan semata-mata nak tunjuk pandai pada kawan-kawan, cuma aku pun nak tahu juga kesan dan akibat. Tadaaaa... sila lawat http://www.amazing-green-tea.com/green-tea-side-effects.html untuk maklumat lanjut. Hmmmm... Faham tak? Kalau tak faham, boleh translate kat google atau di http://www.citcat.com/.

Mesti korang hairan kenapa sahabat tu beria tanya aku pasal teh hijau, kan? Aku pernah post pasal teh hijau dan aku rasa dia mungkin terbaca. Tak kisahlah, aku memang post artikel/blog untuk kongsikan dengan orang ramai. Rasa seronok sangat kalau ada yang bagi feedback. Tanyalah apa saja, kalau aku boleh jawab, aku tolong jawab, ya?

p/s: Aku bukan pandai sangat. I also not a certified counselor. Belajar pun tak berapa tinggi sekadar boleh cari kerja untuk sara diri. Tapi aku boleh tolong sekadar yang mampu kalau korang ada apa saja pertanyaan atau nak mintak pendapat tentang apa saja topik. Nak ajak borak kosong pun boleh but I don't entertain PERVERT... Thanks...

da...

No comments: