About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, January 7, 2011

Lunch with Sistaz: Sengkak Perut

Hari ni makan tengah hari bersama kakak-kakak. Makan di mana? Di Restoran Sri TTDI, dekat TTDI Jaya. Hari ni baru aku ingat nama restoran tu. Selama ni panggil restoran kaler pink je. hehehe...

Lauk yang dihidang memang sangat banyak. Siap ada manisan seperti bubur dan pengat yang bermacam-macam jenis. Tapi kali ni aku cuma makan masak lemak ikan merah, ulam-ulaman dan sambal tempoyak. Ulam dan tempoyak tu dah kira makanan wajib kalau pergi situ.

Dalam banyak-banyak kali makan kat situ, inilah first time aku makan sampai habis dan oleh kerana itu perut aku tak ada ruang untuk simpan angin. Sangkak, mak!!! Oleh kerana terlalu kenyang, aku tak boleh duduk dengan betul semasa dalam perjalanan pulang ke pejabat. Mengiring lalu baring terus. Ahahahaha... ULAR SAWA.

Moral of the story, bila time makan tu, agak-agak la sikit. Jangan ikut nafsu. Wakakakakah... Peringatan buat aku dan yang lain juga.

Kesengsaraan yang dialami masih lagi terasa walau aku dah duduk dalam opis dan dah siap mengarang blog entry untuk korang. (Aku tatau la korang baca ka dak, tapi aku buat ni memang untuk dibaca)


Sehingga aku dapat idea untuk mengarang lagi, babai...

2 comments:

Fatin Fairuz said...

Tu la..ko makan tak baca bismillah ek?hehe

zaZa_Luv said...

bace bismillah la..
xelok bazir makanan..
amalan setan..
licin pinggan dowh...
ahaha...