About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, January 20, 2011

New Staff

Dalam minggu ini saja, tiga staff baru melapor diri. Semua perempuan. Good looking (kalau tak cantik, ingat CEO ***** nak ambil ke? haha..) Look naive also. Well, baru masuk kerja, takkan nak joyah pula, kan? Berserilah hendaknya pejabat ni dengan kehadiran orang baru ni. Keadaan pejabat yang tegang buat aku rasa ragu kalau-kalau mereka tidak lama di sini.

Aku tak tahulah ini suatu kebetulan atau memang rancangan The Management nak disseminate staff lama sebab ramai juga staff lama yang aku dah tak nampak kat pejabat ni. Aku rasa seakan kehilangan. Staff baru tak berapa nak ramah (maklumlah, baru mula kerja) dan aku jadi rindu pada suasana dulu. Semua aku kenal. Semua layan aku membebel. Hmmm... Aku semacam rasa yang aku juga akan turut di tendang keluar. Aku bukanlah aset penting syarikat pun.

Aku belum berpeluang nak beramah mesra dengan staff baru tapi mereka seakan tak mahu berkawan dengan aku. Ishk... Bersangka buruk pula aku. Padahal muka aku yang selalu ketat yang buat mereka seakan takut nak tegur aku. Haha... Aku harap keadaan pejabat akan menjadi HAPPENING macam dulu.

2 comments:

alien said...

selamat datang kepada mereka~

zaZa_Luv said...

ya rite...