About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, January 6, 2011

Apa Nak Jadi?

Esok genap seminggu di tahun baru. Aku masih belum bangun dan lupakan kisah lepas. Terlalu banyak kisah menarik yang tersemat di ingatan.

Di tahun baru, aku tak rasa walau sedikit pun anjakan paradigma yang berlaku. Keadaan di pejabat masih begitu cuma berlaku sedikit perubahan (yang mendatangkan musibah). Aku bukanlah anti pembaharuan. Tapi pembaharuan yang dibawa seperti tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada syarikat pada amnya dan pekerja khususnya. Perubahan yang merepek. Perlu beri bermacam-macam jenis laporan sedang pada pendapat aku perkara itu seakan menambah beban kerja bukan memperelok sistem yang ada.

Hairan. Sebuah syarikat besar yang mempunyai masa hadapan yang jelas dibantu ramai pekerja dilihat seakan semakin goyah. Pihak pengurusan memang perlu lakukan sesuatu tapi bukan dengan cara menukar sistem kerja yang selesa kepada sistem yang lebih berterabur. Dengan hanya melihat kepada susunan di carta organisasi sahaja kita sudah dapat lihat betapa celarunya sistem pentadbiran syarikat. Pada pandangan aku, pihak pengurusan syarikat sepatutnya berkongsi visi dan misi syarikat yang JELAS dengan para pekerja. Seharusnya, syarikat jadikan para pekerja sebagai aset dan bukan liabiliti. Dengan ini, seluruh isi syarikat (pihak pengurusan dan pekerja) dapat bekerjasama dengan baik dan dapat mencapai objektif syarikat dengan cepat dan mudah.

Hairan. Pihak pengurusan syarikat dengan sewenang-wenangnya membuang pekerja yang kompeten dan berdedikasi terhadap kerja. Ini merupakan sesuatu yang boleh diangggap sebagai pembaziran sumber. Hanya kerana pekerja tersebut memberi buah pandangan yang bercanggah dan lebih praktikal daripada pihak pengurusan, beliau dinasihatkan berhenti. Terbukti pihak pengurusan tak boleh ditegur. Selalu berlaku salah faham antara pihak pengurusan dengan pekerja. Ini adalah kerana mereka beranggapan bahawa pekerja dibayar gaji untuk mengikut arahan bos. Pada pemerhatian aku, sepatutnya pihak pengurusan harus berkongsi pandangan dengan pekerja seperti bermesyuarat dan berbincang secara aman dan bukan dengan cara marah serta melempar barang. Sikap begitu tidak wajar ada sebagai seorang pemimpin syarikat.

Ya, aku sangat hairan. Kerana terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini. Aku fikirkan, bekerja dengan syarikat besar dan terkenal dapat memberi aku merasa bekerja di kalangan mereka yang profesional. Hakikatnya, walau di mana sahaja kita bekerja, sekiranya ketua yang mengepalai syarikat itu seorang yang tidak matang dan hanya mementingkan diri, keadaan akan tetap sama.

Aku memang tak menyesal meninggalkan syarikat sebelum ini kerana rakan-rakan di sini lebih boleh dipercayai cuma aku sedikit terkilan dengan sistem pentadbiran syarikat di Malaysia. Setakat ini, dah pernah kerja dengan syarikat Construction & Developer, Automotif pun sudah. Sekarang kerja dengan syarikat yang buat sistem integrasi berkenaan keselamatan. Kalau sebut nama, bunyi macam gah tapi, alahai...

Tak kisahlah apa pun, asal mampu aku bertahan. Kalau dah tak boleh handle sangat, aku berhenti kerja dan kahwin. Hihihi... Memandangkan ekonomi yang tak berapa nak stabil, kerja dari rumahlah jawabnya.

Apa nak jadi? Jadilah...

No comments: