About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru... 2011

Hello...
Selamat Tahun Baru!!!


Hmmm... Biasanya, setiap kali tahun baru, mesti akan ditanya apa azam tahun baru. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku berazam untuk jadi lebih baik dari tahun yang sudah-sudah. Tahun paling bermakna buat aku, mestilah 2010. Banyak perkara aku belajar. Bermacam kerenah dan ragam manusia aku perhati. SERONOK sangat!!!!

Kalau sebelum ini aku hanya belajar mengenai hidup melalui buku-buku, novel dan pengalaman orang lain. Tapi 2010 buat aku belajar secara praktis tentang hidup. Naif? Ya, aku mengaku aku seperti katak di bawah kaca. Apakah? Penggunaan bahasa yang agak samar... Hmmm... Baiklah. Biar aku mula cerita...



Aku membesar dan tinggal di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Ragam bermacam orang dapat aku perhati. Ada yang baik, juga yang tidak baik. Mempunyai keluarga yang tersangat "protective" buat aku takut untuk belajar hidup sebenar. Aku dan adik beradik yang lain hanya hidup di sekitar tembok kaca yang ayah dan mama bina. Tidak dibenarkan sekalipun untuk melepasi tembok itu. Dari jauh kami lihat kerenah dan gelagat. Kadang-kadang terfikir apakah rasa bila dapat ku bolos tembok kaca itu. Bukan nak cakap aku dan adik beradik yang lain "di bawah lindungan Kaabah," cuma bolehlah dikategorikan sebagai mereka yang bebas jenayah. Hahaha...

2010, bermulalah episod baru dalam hidup. Sejak mula lagi aku tahu hidup aku pasti berubah. Dari seorang yang tidak yakin menjadi seorang yang lebih yakin. Aku jadi berani dengan diri sendiri. Aku tidak kekok berdiri di tempat asing. Aku menjadi semakin terlebih peramah. Hari minggu bukan lagi di pejabat.

2011? Aku jadi ragu-ragu. Aku mahukan hidup yang lebih bahagia. Aku mahu selalu bersama teman-teman. Aku mahu percutian panjang dengan keluarga. Aku mahu dunia di sisi selalu. Tapi aku tak yakin dengan semua itu. Semua yang hadir hanyalah seketika cuma. Aku takut semua yang aku punya hilang begitu saja. Aku macam tak bersedia.

Walau apapun, hidup mesti diteruskan. Datanglah cabaran yang bagaimanapun, aku mesti lawan. Ya, aku mesti kuat. Jadikan tahun lalu sebagai buku teks agar aku tak tersasar. Sejarah memang tak boleh diubah tapi boleh diulang. Aku mahukan bahagia yang sama seperti 2010 tapi lebih bermakna untuk 2011.

Akhirnya, aku dah tahu azam aku untuk 2011. Semoga azam tahun ini bukan sekadar cakap kosong.

Majulah sukan untuk negara!!! (sengal...)

No comments: