About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, January 4, 2011

Semalam Aku Marah Kerana MC... Aku MC Hari ini...

Hihi... Hai korang...

Hari ni aku tak sihat. Selsema tahap gaban. Mata bengkak. Gara-gara termakan udang yang ada dalam rojak secara tak sengaja. Lalu aku pun berjumpa doktar untuk ambil MC hari ni.

Semalam bukan main marah lagi aku dengan kawan-kawan yang sakit tp tak nak pergi jumpa doktor. Aku tahu dorang kerja teruk sebab nak kejar due date tapi aku tengok da berapa kali extend due date, still tak siap-siap juga. Elok-elok boleh kerja kang sakit tak boleh bangun terus. Bukan aku nak doa yang bukan-bukan. Dorang ni pun satu, dah tahu sakit, rehatlah sekejap. Banyak juga komen yang aku dapat berkenaan topik MC ni semalam. Tapi nak buat macam mana, aku tak mampu nak tolong kawan-kawan kalau kawan-kawan sendiri tak nak tolong diri sendiri. Hmmm..

Hari ni dengan semangat yang kurang berkobar-kobar, aku pergi kerja. Sampai pejabat jam 7.45 pagi. Macam biasa, aku jadi Nur yang menerangi pejabat(pejabat sedang gelap gelita ketika aku sampai). Bertemankan lagu favorite, aku layan CSI sekejap untuk ambil mood untuk mula kerja.

Bermacam-macam cara aku cuba tapi mata aku masih tak boleh buka. Aku cuba pejamkan mata tapi hasilnya tetap sama. Mata aku bengkak. Oleh kerana tidak selesa, aku mengambil keputusan untuk ke klinik bagi mendapatkan ubat dan MC. Sampai di rumah, tanpa makan tengah hari (dan makan ubat) aku terus tidur. Hanya terjaga pada jam 6.45 petang. Dahsyat, kan? Tapi, sebelum tidur, aku sempat shoot email dulu (sakit pun masih kerja-walau dengan mata bengkak).

Sampai di sini dulu coretan untuk kali ini. Aku nak tidur. Thanks for reading, ya?
Lurve ya'

2 comments:

alien said...

alahan dengan seafood ke?

zaZa_Luv said...

ye... ~sob..