Banyak pula masa untuk aku berblog di pejabat. Ishk...
Aku baru baca entry yang aku post semalam dan ianya buat aku terfikir. Kenapa aku rasa tidak keruan dengan tidak semena-mena ketika kena approach dengan officemate aku tu. Tak ambil masa yang lama pun untuk aku fikir pasal benda ni. Aku kongsi sedikit mengenai hasil kajian aku tentang semalam.
Bila aku mula rasa tidak keruan?
Setiap kali dia datang untuk berjumpa di mejaku. Kalau jumpa atau borak selain di mejaku, aku tak ada rasa apa pun. Chup! aku akan dapat perasaan pelik bila tinggal aku dengan dia saja (tak kisahlah kat mana pun) dan dia cuba untuk berborak dengan aku. Aku tak tahu lah kalau dia memang gentle dengan semua orang atau dengan aku saja tapi setakat ini kalau aku minta tolong, dia memang tolong dengan bersungguh-sungguh. Bersungguh-sungguh sampai buat aku macam takut nak minta tolong dengan dia di lain kali. Biasanya melibatkan MEJA aku, dia akan berdiri di belakang aku. Hep!!! jangan fikir yang bukan-bukan. Dia sebenarnya nak tengok laptop aku. Aku lagi selesa kalau dia berdiri di sisi meja aku. Alah, laptop bukan tak boleh ubah kedudukan. Tapi entahlah. dia memang suka berdiri di belakang. Yang paling hairan, kalau orang lain yang kat belakang aku, tak pula aku rasa tak keruan.
Aku nampak dia seperti tidak keruan bila...
aku cari dia. Dia semacam UNEASY dengan kehadiran aku. Padahal aku cari dia bukan sebab nk miang-miang ke... nak goda ke... Cet. Paling comel ketika kali pertama dia menegur aku dengan niat untuk beramah mesra (masa tu aku baru habis buat event kt PWTC). GAGAP. Ya, dia gagap. Tapi gagap bila cakap dengan aku saja masa tu. Habis kena gelak. Sekarang ni dah tak gagap dah. Selalu juga kami bertegur tapi taklah semesra aku dan officemate lain. Lagipun, dia jarang ada di pejabat.
Apa aku rasa pasal dia?
Pada sesetengah masa aku rasa dia "kerek". Pada masa yang lainnya aku rasa dia gentle. Ada masa dia macam pentingkan diri (aku rasa dia cuma play safe) dan pada masa lain dia biasa saja. Kesimpulannya, dia normal.
Apa dia rasa pasal aku?
Apa punya soalan da... Mana aku tahu! Sengal.
Kenapa aku tidak keruan?
Mungkin kerana kami jarang berborak memandangkan kekerapan dia berada di pejabat adalah tersangat jarang. Bila dah jarang jumpa, tak tahu apa nak borak selain kerja. Lagipun, aku tak berapa tahu pasal personal life dia. Adalah orang bercerita tapi bagi aku, kalau bukan dia yang cerita, aku sekadar dengar saja. Tak kan nak kepochi pula, kan?
Kenapa dia semacam tak keruan?
Sebab aku HOT kot. AHAHAHAHAHA... Just Kidding!!! Yang tu aku tak pasti lah. Takkan aku nak tanya sendiri pula.
Tindakan aku?
Buat macam biasalah. Nak buat apa lagi. Dia bukan ada hati kat aku pun. Aku pun tak fikir nak ada apa-apa dengan dia setakat ni. Asalkan bila aku minta tolong dan dia nak tolong, dah kira baguslah. (Tiba-tiba teringat kes aku minta dia tolong distribute goodie-bags and he just disappeared. Hampeh...)
Setakat ni dulu cerita tentang semalam. Aku nak buat sejarah hari ini untuk esok pula.
No comments:
Post a Comment