About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, March 10, 2012

9/3/2012: Hari Malas Aku... BerBUNOHAN Bersama Teman Sekerja

Hari ini aku semacam tak bekerja. Datang ke pejabat jam 1.20 tengah hari. Menemani teman sekerja ganti anak buah jadi "helpdesk" sampai orang lelaki balik dari Solat Jumaat sambil ber"Facebook" dan ber"Twitter".


Jam 3 petang, barulah nak keluar makan tengah hari. Masa nak keluar pergi makan, baru perasan tak bawa "purse". Ya Allah, kenapalah aku ni pelupa sangat??? Terpaksa pinjam duit orang. Alahai... Walaupun gigi sakit, pipi bengkak dan tak bawa duit, gigih aku makan nasi ayam penyet. Melampau kan??? Hahahaha...


Petang, aku siapkan tugasan yang tertangguh. BANYAK juga emel yang perlu dibalas segera. Banyak juga dokumen yang perlu di proses. Hmmm... Sudah mula menyampah tengok fail-fail dan kertas-kertas yang menutupi meja. Nak pulang ke rumah perlu tunggu jalan kurang sesak. Disebabkan oleh tak bawa kad pengenalan, lesen memandu dan wang, aku duduklah di pejabat sehingga jam 9 malam menunggu ayah hantarkan "purse" yang tertinggal. Nasib baik ayah perlu ke tapak kerja malam ni, kalau tidak??? Hmmm... macam manalah aku nak balik rumah. Perut lapar pula tu. Sementara menunggu ayah, teruk juga aku disakat teman-teman sekerja. Apa nak buat, cuma aku wanita yang rajin sangat duduk di pejabat sehingga lewat malam.


Sebenarnya, aku malas betul nak pulang awal. Yalah, orang bujang macam aku ni bukan ada benda pun nak buat di rumah. Bosan. Aku lagi rela buat menghabiskan kerja-kerja tertangguh daripada mendengar bebelan pedas mama pasal kahwin. Hish! Mungkin nasib aku baik hari ni sebab teman-teman yang sedang tertekan dengan kerja mengajak aku menonton wayang. Aku kira mereka cuma ajak-ajak ayam. Nyata mereka benar-benar mengajak aku. Maka pergilah kami berempat ke e@Curve menonton filem BUNOHAN yang mana akulah seorang wanita bersama tiga lelaki. Amboi! Kekok? Tak juga. Mungkin sebab memang kebanyakan kawanku adalah lelaki. Cumanya aku tak tahan dengan asap rokoklah. Merokok macam minum air saja mereka ni.


Apa menarik tentang BUNOHAN??? Cinematography. Cantik. Jalan cerita??? Bagi aku berat. Untuk orang yang sedang tertekan seperti kami yang konon nak lepaskan tekanan memang salah ceritalah nak tonton. Pening. Mungkin kepada sesiapa yang sukakan cerita sebegini, seronok kot. Bagi aku dan kawan-kawan, kami sependapat mengatakan jalan ceritanya buat kami susah nak faham. Bikin tambah tensi. Namun, disebabkan oleh gaya Cinematography yang cun, kami berjaya menonton sehingga habis.


Selesai menonton, kami minum-minum di restoran mamak berdekatan pejabat. Sembang-sembang sekejap sebelum pulang semula ke pejabat. Jam 2.45pagi, sampailah aku di rumah... PENAT & MENGANTUK...

No comments: