About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, December 2, 2011

Midnight Movie: Ombak Rindu

Hai...
Tak sabarnya nak menonton Ombak Rindu malam ni. Banyak juga komen-komen dari mereka yang dah menonton cerita. Ada yang tak puas tengok sekali dan mahu tengok lagi. Ada juga yang komen ini cerita air mata. Ada yang kata tak seronok. Tak kisahlah apa pun. Seronok atau tidak itu subjektif. Kalau yang suka mestilah positif komennya. Kalau tak suka, negatiflah yang kita dengar.


Secara peribadi, aku rasa kita tak boleh nak samakan cerita yang ditayangkan di pawagam dengan karya asal/novel. Logiknya, katalah kita berjaya habiskan baca novel dalam masa dua hari. Bandingkan dengan cerita yang dimainkan di pawagam selama dua jam. Haruslah ada bahagian yang dipotong dan ditukar mengikut kesesuaian? Tak begitu?


Tak kisahlah apa orang nak komen. Yang penting diri sendiri. Wayang malam ni mula jam 12.10. Elok tidur dulu sebelum tertidur semasa menonton.


No comments: