About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, October 4, 2011

Zaman Muda Mudi

Menjengah ke blog para bloggers, aku dapat ilham. Ilham tentang kisah dulu... Bersedialah melayan kisah bosan aku... Hehehe...

Masa aku kecil dulu, aku bersekolah di banyak tempat. Sekejap di Lumut, Perak. Sekejap di Hulu Selangor. Akhirnya berjaya juga aku habiskan persekolahan di Kuala Lumpur.

Masa tinggal di Hulu Selangor bersama nenek, macam-macam perkara aku belajar. Orang kata kalau tinggal di kampung, semuanya terhad. Tidak dinafikan kebenarannya. Dah terbiasa tinggal di pekan, bila di kampung memang lain benar rasanya. Untuk orang yang macam aku ni (yang suka sangat buat kerja last minutes), memang haruslah bermasalah. Dah lewat malam baru nak buat kerja rumah yang cikgu bagi. Masa itulah tak ada gamlah, tak ada pensil warnalah. Bila dah malam, mana ada kedai yang buka? Mengada-ngada, kan? Bila dah serba kekurangan, maka terpaksalah aku menyambungkan sel-sel otak secara pantas (cari idea). Bila tak ada gam, aku cari tepung ubi/kanji untuk buat gam.


Pernah juga lenyek nasi panas untuk buat pelekat. Dah terdesak sangat masa tu. Kalau tak ada pensil warna, aku warnakan lukisan dengan pensil biasa. Bila cikgu tanya, aku cakaplah aku memang saja nak warnakan hitam lukisan tu. Ala-ala potret gitu. Bijak, kan? Ahahaha... Tapi tu zaman aku sekolah rendah. Sekarang, cuba beritahu apa yang tak ada di kampung? Macam-macam ada.

Dulu kalau nak buat kolaj, haruslah guna kertas yang warna-warni. Paling famous masa zaman aku sekolah dulu ialah kertas yang berwarna terang. Sebatu dah nampak warnanya. STRIKING!!!


Jujur aku cakap, aku bukan dari keluarga senang. Kalau nak minta duit dari ayah beli macam-macam, memang tak dapat la, John... Makanya, aku yang kreatif dan inovatif ni ambil kertas surat khabar lama yang berwarna untuk gantikan kertas warna meriah. Kadang-kadang tu rasa malu juga, tapi nak buat macam mana, dah memang tak ada duit. Kalau masa kelas Pendidikan Seni, akulah murid yang paling rajin tertinggal barang (alasan). Selalunya aku akan bawa pensil dan kertas lukisan saja. Sebab cikgu mesti suruh hantar minggu depannya. Oleh itu aku ada masa nak cari bahan yang diperlukan. Fuhhh!!!

Masa aku kecil dulu, aku suka sangat buat origami. Buat bintang-bintanglah, burunglah, kotaklah... Memandangkan budget ciput, aku potonglah apa-apa kertas yang memang tak pakai tapi belum layak dibuang ke tong sampah selain tong kitar semula. Minat punya pasal, sanggup tau!


Masa zaman belajar kat universiti lagi best. Nak berjimat punya pasal, aku catu makanan. Aku sanggup jalan kaki pergi kuliah dari kolej kediaman (yang tak berapa nak dekat jaraknya). Aku beli lauk makan tengah hari sekali pakej dengan makan malam. Macam mana tu? Ahah! Biasanya aku akan beli makanan tengah hari dalam kuantiti yang banyak. Biasanya nasi dan lauk. Mak Cik yang berniaga pandang aku semacam bila kira harga makanan sebab dia tengok badan aku yang slim ni tapau nasi macam nak makan doa orang. Padahal aku bungkus untuk malam sekali. Jimat masa. Bila nak makan tengah hari, aku akan asingkan untuk makan malam. Malam makan lauk sejuk? Silap tu. Malam tu aku hangatkan lauk pakai air panas. Tak dapatlah yang panas sangat. Suam-suam kuku. Jadilah dari sejuk. I'm a Survivor... Lalalalala~~~ (nyanyi)

Kalau nak bandingkan zaman aku dengan adik-adik yang lain, memang macam langit dengan bumi. Semua benda susah yang aku lalui, diorang tak rasa. Nak apa, semua dapat. Cemburu? Memang taklah sebab aku pernah susahlah aku jadi kreatif dan inovatif sampai sekarang. Untunglah...

Sekian sahaja cerita zaman muda mudi aku.

No comments: