About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, September 21, 2011

1 MALAYSIA

Siapa tak tahu pasal 1 Malaysia? Hari 1 Malaysia? Haih, ni orang Malaysia ke tak ni? Tak peka dengan berita semasa betullah. Nak kena ni!!! Ewah, memceceh pulak saya. Baiklah, biar saya kongsi pengetahuan yang ciput ni bagi mereka yang tak tahu langsung apa itu 1 Malaysia.

Dari pemahaman saya, 1 Malaysia tu ialah konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, Datuk Seri Najib. Hari 1 Malaysia di sambut pada 16 September setiap tahun. Dah tahu? Bagus... Masih tak tahu? Hmmm... Baiklah, mengikut pemahaman saya, konsep 1 Malaysia ni adalah untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa berikutan isu-isu perkauman yang sibuk digembar-gemburkan. Biasalah, perkara-perkara macam ni memang selalu berlaku setiap kali hari pilihanraya nak dekat. Masing-masing nak pancing undi. Nak berebut kerusi parlimen. Nak memerintah... Tu apa yang saya fahamlah. Tapi bila difikir-fikirkan, tak ada salahnya konsep 1 Malaysia ni. Kenapa perlu sempitkan minda dengan masalah perkauman sedangkan selama lebih 50 tahun hidup dalam satu negara tak ada berlaku perang atau tak cukup makan? Isu yang perlu difikir-fikirkan...

Seelok-eloknya sebagai rakyat yang sentiasa mahukan keamanan negara, sepatutnya kita sokong pemimpin. Sekiranya ada yang tak puas hati di bawah kepimpinan, suarakan dengan cara baik. Bukankah orang Asia terkenal dengan budaya sopannya? Malaysia salah satu dari negara Asia, bukan? Tak perlu nak adakan demonstrasi jalanan yang tak menguntungkan. Tak perlu nak guna taktik kotor jatuhkan sesama sendiri. Maaf andai ada yang kurang senang dengan tulisan ini. Sekadar meluah pendapat.

Walaupun Malaysia kecil di dalam peta tapi namanya besar di mata dunia. Skandal dalaman yang diperbesar-besarkan sesetengah pihak mampu menjatuhkan nama negara secara langsung atau secara tidak langsung. Lihat saja kesannya pada ekonomi negara. Contoh terdekat, negara jiran kita. Indonesia. (Maaf, saya bukan pakar ekonomi. Belajar ekonomi dulu pun setakat yang asas saja) Negaranya jauh lebih besar dari Malaysia. Rakyatnya ramai berjuta tapi masih ramai yang dhaif dan miskin. Kenapa? Kekecohan sosial dan politik.

Syukurlah dengan apa adanya. Anak-anak kecil boleh ke sekolah. Percambahan institusi pendidikan yang kian meningkat. Taraf hidup rakyat yang semakin baik. Berbanggalah dengan Malaysia. Walau berbilang bangsa tapi kita mampu mengecapi semuanya.

Malaysia bukan hak satu-satu kaum. Malaysia hak KITA. Pertahankan Malaysia dan jangan pernah biar dijajah lagi.

Salam 1 Malaysia!!!



Logo 1 Malaysia diambil dari http://a01lida.wordpress.com/2009/08/

6 comments:

alien said...

16 september tu hari penubuhan Malaysia, yang mana sabah dan sarawak menjadi sebahagian dari Tanah Semenanjung..

zaZa_Luv said...

Thanks for the info! :)

alien said...

yap, tapi tahun tak igt.. ehehe

zaZa_Luv said...

apa yang tak ingat?

alien said...

da cek google:
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

zaZa_Luv said...

good info...