About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, September 6, 2010

Pandanganku Tentang Mereka

Aku. Sering dilihat seperti manusia yang tak punya rasa. Hidupku kelihatan tak berwarna. Yang ada cuma palitan lumpur atau warna kotoran yang melekat tanpa sengaja. Aku dilihat seperti seorang yang selalu kalah. Yang selalu jatuh tanpa banngun. Aku rimas. Rimas dengan telahan yang langsung tidak tepat. Rimas dengan persepsi basi masyarakat. Mengapa perlu dijaja cerita orang? Apa rasionalnya?

Kadang-kadang aku jadi jijik. Jijik dengan pemikiran mereka. Katanya sudah merdeka tapi masih begitu juga. Tak senang dengan kelebihan orang lain. Dengki, khianat, hasad dengki sudah menjadi satu kelaziman. Acapkali mereka mengeluh. Negara semakin maju, tapi taraf hidup masih begitu. Mahu saja aku jawab, setakat angan-angan Mat Jenin, sampai ke sudah masih begitu.

Entahlah. Aku tak tahu dunia mana yang sesuai buatku. Ke mana aku pergi, tahap pemikiran masyarakat tetap begitu. Pernah aku terfikir untuk pergi jauh. Jauh ke tempat di mana tiada yang mengenaliku. Tapi kalau tahap pemikiran yang sama mengekoriku, duduk mana pun takkan ada beza. Akhirnya aku pasrah. Aku pekakkan telinga. Biar apa saja yang mahu mereka kata. Asal aku tahu aku masih berpijak di bumi yang nyata, tak perlu ku endah kata mereka.

Jatuh bangunku, aku yang rasa. Mereka hanya tahu bertepuk tangan dan bersorak melihatku yang bagi mereka ibarat badut jalanan yang membuat ceritera.

No comments: