About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka???

Kau laung kata MERDEKA
Kuat hingga hampir hilang suara

Kau kibar bendera
Kata kau mahu tunjuk pada dunia
Sedang erti MERDEKA pun kau lupa
Apa yang kau mahu tunjuk pada mereka?

Kau nyanyi lagu Merdeka
Sungguh bersemangat waja
Tapi kau tahukah maksud senikata?
Sedang pemikiran kau masih di takuk yang lama

Hatimu penuh rasa benci
Kau kata mereka tak pernah ambil peduli
Padamu mereka mencuri
Tapi pernah kau fikir apa yang kau pernah beri?

Dasar minda kelas ketiga
Hanya ikut seperti dikata
Tak pernah mahu fikir baik buruknya
Diberi kemudahan disalahguna

Kalau ini kau kata MERDEKA
Kau masih belum merdeka
Kerana itu bukan MERDEKA...

2 comments:

Tutup Blog said...

salam kemerdekaan=))

zaZa_Luv said...

slamat merdeka gak..
(da lewat, baru cek komen...sowi..)