2012 bukanlah sesuatu yang terlalu indah jika dibanding dengan tahun sebelumnya. 2012 merupakan tahun aku bekerja separuh mati. Mengemis masa untuk diri sendiri. Untung kawan-kawan tidak biar aku sepi. Masih mahu meneman hati.
Hamba kerja. Itu kata ibu. Aku terlalu sibuk dengan urusan pejabat sehingga mengabaikan diri. Keluarga dan sahabat handai apakan lagi. Wajah manis bertukar Zombie. Benar, itu aku. Walau tampak susah. Walau mereka minta aku berundur. Aku masih gagah mengharung hari-hari perit itu kerana aku yakin rahsia hidup tersembunyi di situ. Hasilnya, hari ini aku mampu senyum dengan usahaku sendiri. Mungkin aku bukanlah berjaya mana, tapi hasil usaha buat aku berehat lebih awal dari mereka yang lain. Aku seakan serasi dengan cara hidup begini.

Menjeling ke belakang seketika. Walau sibuk aku masih sempat menghadiri majlis perkahwinan teman rapatku. Aku masih sempat ulang alik ke kampung menjenguk datuk nenek di kampung. Sayangnya, aku punya masa yang terhad untuk temani ibu ayah di rumah. Untuk diri sendiri, asalkan aku dapat bersendiri seketika pun aku dah puas hati.

Salam akhir tahun!