About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, April 30, 2011

Hobi Baru...

Lama tak post entry baru... Rindu rasanya.

Entry kali ini tentang hobi terbaruku. Aku tak tahulah boleh dikategorikan sebagai hobi atau minat yang sementara. Samenjak dua menjak ni aku suka sangat memasak. Dah jadi macam rutin di hujung minggu. Sebenarnya, mama memang tak masak setiap hujung minggu kecuali special occasion. Itu pasal lah aku yang memasak sebab tak rajin makan di luar.

Bermula dengan puding jagung. Aku paksa mama teman pergi beli bahan untuk buat puding jagung. Sesampainya kami di rumah, tak sempat duduk, terus aku ajak buat puding jagung. Mama pening tengok aku yang kalut nak buat puding jagung. Buat puding jagung tak semudah yang aku sangka (resepi mama). Selesai berperang dengan dapur, akhirnya dapat aku menikmati puding jagung hasil air tangan sendiri. Tuhan saja yang tahu betapa bahagianya aku masa itu. Sejak itu, minat memasak menjadi-jadi pula.

Puding jagung ni bukan yang aku buat ye... sila klik di sini untuk puding jagungku... ngeeeeeeeeeee...


Hari ini, bermula seawal jam 7 petang, aku dah mula ke dapur. Menyediakan bahan untuk masak makan malam. Menu? Pada mulanya aku nak sediakan sambal tumis telur rebus, omelet, dan sayur goreng. Kurasa begitu damai bersendiri di dapur sehingga terganggu dengan kehadiran ayah ketika sambal tumisku hampir siap. Sengal sungguh! Terlebih asam pula. Cis!!! Ingat bila ayah da keluar dari dapur dan siap repair sambal aku tu, bolehlah mulakan menu kedua pula. Sekali mama pula masuk dapur. Haih!!! Apalah nasib. Untuk menu terakhir, setelah semua ku paksa keluar, akhirnya aku dapat siapkan omelet dengan sempurna.

Esok teragak nak buat puding pula. Semalam dah pow ayah beli apa yang patut. Esok tinggal nk beli nata de' coco dan laici. Tak sabarnya aku. Next week try cupcake pula... Nyum. Nyum. Nyum.

No comments: