About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, February 12, 2010

Hari ini..

Hari ni aku kena pergi Pejabat kerajaan. Pasal apa??? Haruslah pasal pinjaman pelajaran pelajar... Hantar invoice. Selain tu hantar juga buah limau sempena CNY. Biasalah, "maintaining good relationship."

Tak sangka pula semuanya selesai dengan cepat. Ingatkan sampai petang. Apa lagi, aku dan abang driver pun buat pelan nk berjalan-jalan melihat alam. Tapi si budak tembam kat office pula mesej cakap bos masuk lambat sebab nak pergi dentist. Maksudnya dia nak suruh aku balik awal lah tu. Nak minta jaga office sebab dia nak keluar makan. Potong betul. Tak jadilah pelan mengular antara aku dengan abang driver. CIS!!!

Sampai saja office, aku tengok bos tengah best layan kertas yang bersepah atas meja(tengah buat kerja). Si tembam tu pula yang hilang entah ke mana. Sengal. Bukan nak bagitau aku bos tak jadi pergi dentist. Bukan senang nak dapat peluang mengular ni.

Agaknya Tuhan sayang aku lebih. Tak bagi buat kerja yang boleh mengurangkan keberkatan.Haha..

Sampai sini dulu buat kali ini..
Nak balik rumah ni.
Jumpa lagi lepas raya cina.
GONG XI FA CAI!!!

No comments: