About Me

My Photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, November 16, 2011

Ke UiTM Tapah

Hai!!!
Rasa teruja pula nak kongsi cerita. Siang tadi pergi hantar adik mendaftar di UiTM Tapah. Bukan main best lagi tempat tu. Maklumlah, baru. Kemudahan penginapan yang baik. Sistem pendaftaran untuk kolej kediaman yang cemerlang. Mungkin sebab kampus baru kot. Berbeza sangat dengan kampus Uitm yang lain yang pernah aku duduk dulu. Maksud aku kolej kediamannya. Tak ada katil dua tingkat seperti di blok kolej kediaman lama mana-mana kampus UiTM, ampai untuk sidai baju untuk setiap bilik (tak berebut dengan budak lain), keadaan tandas yang best dan banyak bilik untuk kegiatan pelajar. Oh, lupa nak bagitahu. Aku ni pun bekas pelajar UiTM juga. Dari diploma sampailah ke ijazah. Cop UiTM. Ahahaha.

Tak susah nak ke Kampus Tapah ni. Papan tandanya sangat membantu. Buat masa ni yang aku tahu kampus ni hanya menempat pelajar kursus Sains Aktuari. Jumlah pelajar pun tak sampai seribu. Cuma ada 2 blok kolej kediaman yang menempatkan siswa dan siswi. Kemudahan bersukan seperti padang futsal disediakan. Surau dan dewan makan juga disediakan cuma tak banyak pilihan gerai makanan. Pelajar pun tak ramai kan...?

Memandangkan tadi cuma hantar adik mendaftar untuk kolej kediaman, maka tak sempat aku nak tinjau blok akademik. Diharap lengkaplah kemudahan belajarnya, kan??? Apapun, aku harap adik aku tu boleh la belajar dengan selesa dan boleh dapat keputusan yang cemerlang. Tak ada alasan langsung nak ulang semester sebab cuma ada satu kursus je kat situ. Tak ada gangguan lain sebab ceruk benar tempat tu. Tempat baru nak naik sebab UiTM baru siap. Bas pun macam tak banyak yang lalu.

Nak juga aku tunjuk gambar sekitar kawasan UiTM Tapah tapi Encik Tukang Tangkap Gambar belum rajin nak buat copy untuk aku memandangkan kami baru sampai rumah dan perlu rehat sebab esok KERJA. Oleh yang demikian, lain kalilah aku muat naik ye. CIAO!!!

No comments: