About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Wednesday, June 30, 2010

Gejolak di Hati (versi merapu)


Jauh di sudut hati aku percaya bahawa aku bukanlah seteruk seperti yang disangka. Aku masih lagi menjaga batas-batas pergaulan, masih lagi tahu menjaga nama baik keluarga dan yang paling utama, aku masih ingat Tuhan. Aku percaya setiap perkara yang berlaku adalah ketentuanNya, dan tiada sebab untuk aku meratap atas segala yang terjadi.

Aku sering diklasifikasikan sebagai seorang yang manja. Mungkin. Aku hanya aku. Tidak pernah terniat untuk mencari perhatian. Aku mungkin manja. Tapi hanya dengan insan tertentu. Tanyakan pada dunia siapa aku. Sudah pasti mereka menganggapku si Hati Batu. Untuk itu, mengapa harus ada yang cemburu? Aku hanya menjadi aku.

Aku mungkin wanita zaman moden. Yang hidup dalam dunia serba canggih di mana teknologi hanya di hujung jari. Berpeleseran di tengah malam di ibu kota sudah menjadi gaya hidup muda mudi kini tapi itu tentunya bukan aku. Aku percaya bahawa walaupun teknologi moden dibawa dari negara luar, namun budaya dan gaya hidup mereka tidak semestinya jadi ikutan. Bagiku, perubahan dan kemajuan bukanlah punca untuk kita menjadi bukan diri kita. Aku jijik dengan mereka yang begitu mengagungkan budaya asing. Hina sangatkah budaya sendiri??? Ya. Mungkin kerana aku telah sebatikan jiwa Melayu maka kerana itu mereka cemburu.

Pesanan datuk nenek memang selalu tersemat di minda. Kata mereka, biar apapun yang berlaku, asalkan kita berpijak di bumi yang nyata dan percaya segala yang kita lakukan adalah hanya yang terbaik untuk diri kita, pastinya kita tidak akan menyesal. Bagiku, percaya dengan Qada' dan Qadar Allah akan buat aku selalu tenang. Hati akan selalu tenang tatkala kita redha dengan segala yang berlaku kerana semua yang berlaku pastinya tersembunyi hikmah.

Tenanglah wahai hati. Aku tahu kau pasti mengerti. Kucuba usaha namun setiap kalipun aku mengundur diri. Aku terlalu risau dengan keadaanmu wahai hati. Kau terlalu lemah. Jiwaku pula terlalu halus untuk melindungimu. Sabarlah wahai hati. Aku pasti di suatu masa nanti pasti ada yang datang menemani. Pasti ada yang sanggup melindungi.

1 comment:

Elz said...

hati.. bagi die join PKSN..
biar kental.. ahaha..