Seperti yang kita semua sedia maklum, senggugut atau "Period Pain" ialah sejenis penyakit yang sering menyerang kaum wanita tanpa mengira usia lebih-lebih lagi golongan wanita yang berada dalam lingkungan usia boleh mengandung. Aku juga tak terkecuali dari terkena penyakit ini. Memang sakit. Rasa macam nak minta kena pancung. Bayangkanlah, aku paling benci sekali bila "mood swing". Asyik nak marah-marah. Semua serba tak kena. Rimas betul.
Mari aku kongsikan sedikit tentang senggugut. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea". Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).
Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman. Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Seseorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini untuk mengelakkannya daripada berasa susah hati dan berfikiran bukan-bukan. Oleh sebab kesakitan kuat yang dialami, ada wanita memikirkan bahawa dia diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil. Dengan mengetahui puncanya, rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan. Kadangkala dengan kefahaman ini juga, rawatan minda tanpa ubat-ubatan sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik.
Pada kebiasaannya, pesakit dinasihatkan mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor sekiranya senggugut yang dihidapi terlalu teruk. Penggunaan pil perancang boleh mengelakkan kesakitan senggugut kerana pil ini akan menghalang proses ovulasi. Lazimnya rawatan jenis ini akan diberikan kepada wanita yang lebih tua dengan kemungkinan pada masa yang sama mereka memerlukan kaedah untuk menjarak kelahiran anak. Bagi golongan remaja pula,mereka dinasihatkan mengambil ubat-ubatan untuk menahan kesakitan ketika kedatangan haid saja. Kumpulan ubat-ubatan yang diberikan adalah daripada kumpulan NSAIDS [ubat anti-inflamasi nonsteroid, biasanya disingkat NSAID atau NAIDs, tetapi juga disebut sebagai agen anti-inflammatory drugs / analgesik (NSAIAs) atau ubat anti-inflammatory drugs (NSAIMs), adalah ubat-ubat dengan kesan analgesik dan antipiretik (mengurangkan demam) dan yang, dalam dos tinggi, kesan anti-inflamasi]. Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini adalah mencapai 80 peratus. Kejayaan ini diperoleh kerana ubat-ubatan jenis ini menghalang pengeluaran prostagladin daripada dinding rahim. Oleh itu, pengambilan ubat ini perlulah dilakukan sebaik saja pendarahan haid bermula ataupun apabila mula terasa sakit.
Jika rawatan di atas gagal untuk merawat kesakitan senggugut, besar kemungkinan kesakitan itu bukan disebabkan oleh senggugut primer. Bagaimanapun, kesakitan mungkin disebabkan senggugut sekunder yang timbul daripada masalah penyakit pelvis. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit itu dan rawatan yang tepat untuk penyakit perlu diberikan.
Tanda-tanda atau simptom senggugut;
-Perut kembong
-Kejang perut
-Payu dara bengkak atau sensitif
-Ketegangan atau bimbang (anxiety)
-Masalah tidur (insomnia)
-Sakit sendi atau otot
-Pening kepala
-Lesu
-Jerawat
-Hayunan perasaan (Mood swings)
-Peningkatan masalah kulit sedia ada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)
Dah faham tentang senggugut??? Belum??? Nak lebih info??? Ok... Sekarang kita dah tahu maksud, punca dan tanda-tanda senggugut. Biar aku kongsi petua untuk hilangkan senggugut.
Petua;
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
Sukar nak dapatkan bahan seperti di atas? Bagi orang malas macam aku, biasanya aku akan tuam/demah air panas di sekitar kawasan yang sakit seperti perut dan pinggang. Penggunaan minyak angin/minyak panas(bukan minyak masak panas tau) turut membantu mengurangkan rasa sakit.
Banyakkan minum air masak suam dan elakkan minum ais dan benda-benda sejuk. Akhir sekali, aku akan tidur. Bila bangun, sakit pun hilang...
Mudah kan? Selamat mencuba...
Sumber;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_senggugut
http://101petua.blogspot.com/2010/01/petua-merawat-sengugut.html
http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=452
3 comments:
Hi,thanks for the info. So peeps, now we have another altenative for those who suffer period pain... Selamat mencuba...
Lagi info boleh singgah sini..
AKU DAN KAMU: Atasi Senggugut Dengan Vitamin Je
Thanx Qaseh Abadi. Sayangnya bila klik dekat link, appear;
"Sorry, the blog at qasehabadi2309.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs"
Post a Comment