Ecewah... Meletop tak tajuk??? Buat propa sikit... Hehe... Jam 2 pagi ditemani Canon in D (piano version) yang sungguh menenangkan buat aku teringin nak menulis. Lagu ni ingatkan aku pada banyak kenangan. Sedih, suka, susah, senang...
Diakui aku memang sangat naif suatu ketika dulu. Aku mudah percaya pada kata orang. Rasa rendah diri yang teramat sehingga ada di antara mereka yang kononnya bergelar kawan mengambil kesempatan ke atas kenaifanku. Entah kenapa, aku rasa lagu ni sangat dekat denganku. pengubat lara, mungkin. Melodinya seperti kisahku. Tanpa perlu senikata ianya seperti diterjemah sendiri.
Aku mula mendengar lagu ini ketika aku masih di bangku sekolah. Yang pasti, usiaku sangat muda ketika itu. Aku tertarik dengan muziknya sewaktu lalu di hadapan kedai menjual hadiah atau nama glamournya, GIFT SHOP. Sejak dari itu aku sering mencari peluang untuk lalu di kedai tersebut.
Ketika umurku 13 tahun, aku dimasukkan ke sekolah berasrama harian di Kampong Pandan. Pada ketika itu, aku hanya minta jam tangan dari ayah dengan alasan untuk memudahkan aku mengurus masa. Maka, ayah pun bawa aku ke kedai jam. Jam yang aku beli bukanlah bernilai ratusan ringgit. Harganya sekitar RM30 sahaja. Jam tangan berwarna hijau terang menjadi pilihanku. Aku sendiri kurang pasti kenapa aku memilih jam itu sedangkan banyak lagi jam yang tampak elegan dan menarik. Sesampainya aku di rumah, terus ku set alarm. Kononnya untuk cuba-cuba kalau jam yang baru dibeli itu ada rosak mana-mana. Teruja sebenarnya...
Jan tangan hijau terang kupakai ke mana saja sehinggalah pada suatu hari tali jam kesayanganku itu putus. Sedih. Jam itu ku bawa pulang lalu ku tunjuk pada ayah. Ayah bawa jam ke kedai untuk mengganti tali yang baru. Kupilih tali berwarna merah jambu dan biru ala-ala Baby-G yang sedang famous ketika itu. Ya aku tahu pelik sungguh padanan warna yang aku pilih. Setelah jam ku tukar tali, aku tidak lagi bawa ke mana-mana. aku tinggalkan di locker bilik dan hanya pakai ketika tidur. Jam tangan ku jadikan jam loceng. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, aku pulang lewat ke asrama kerana ada latihan rumah sukan di sekolah. Jam yang aku tinggalkan di dalam locker menjerit-jerit. Setibanya aku ke bilik, seorang rakan menegurku. Katanya radio aku terpasang dari tadi. Aku hairan. Sedagkan walkman pun aku tak ada, macam mana bunyi radio boleh datang dari locker aku? Tak lama kemuadian, keluar lagi bunyi dari locker aku. Rupa-rupanya bunyi dari jam hijau terangku. Jamku sudah semakin tua. Setting berubah sendiri. Bunyi yang keluar dari jam pada ketika itu ialah Canon in D dan itulah kali terakhir aku dengan jam itu berbunyi. Sayu kan?
Pada usiaku 18 tahun, aku ditawarkan mengikuti kursus diploma di salah sebuah universiti tempatan. Oleh kerana jarak yang jauh dari keluarga, ayah mengajak aku membeli telefon bimbit di salah sebuah gedung membeli-belah berdekatan rumah. Ketika itu, aku memilih Motorola T190 (kalau tak silap, itulah modelnya) berwarna putih. Handphone secondhand. Tak kisahlah. Janji boleh pakai. Sebenarnya aku pernah pakai handphone ketika di tingkatan lima. Tapi aku selalu je mengelak bila ayah suruh bawa handphone ke mana saja aku pergi. Tapi aku rimas. Selalu saja aku tinggalkan di rumah. Ayah ingat aku tak mahu guna, lalu dia ambil dan... aku tak tahu mana handphone tu sekarang. Bertemankan Motorola T190 yang selalu hang aku meneruskan pengajianku. Hampir setiap malam ayah dan mama akan call. Hampir setiap tengah malam jugalah aku akan menerima panggilan dari teman. Cuba teka ringtone yang aku guna ketika itu...??? Ya, Canon in D.
Terasa seperti setiap langkah di iringi Canon in D. Bila aku susah hati, aku dengar lagu ni. Bila gembira pun aku dengar lagu ni. Lagu ni seperti meneutralkan rasa. Tak kiralah pada ketika aku marah, bosan, sedih, keliru atau apa saja aku pasti kembali tenang dengan lagu ini. Macam ada CHEMISTRY. Lagu macam beri ilham padaku.
Bayangkan, aku mencari tajuk lagu ini sedari aku kanak-kanak sehinggalah beberapa hari lepas, ketika aku mencari lagu sesuai untuk dimuatkan dalam video tahunan aku. Seorang teman mencadangkan lagu Canon in D. Pada mulanya aku seperti ragu-ragu tapi kucuba cari di Youtube. Nah!!! Inilah lagu yang aku cari selama ini!!!
Kini, malamku terasa kosong tanpa Canon in D. Canon in D dah macam lagu tidur. Thanks a million to Afiq Aslam yang cadangkan lagu ni pada aku... Kerana lagu ini juga aku menulis di tengah malam macam ni. Sumber ilhamku...
No comments:
Post a Comment