About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, December 23, 2010

23/12/2010-03

Post ke-3... tp kali kisah kurang best...~sob..sob..

Aku pun tak berapa nak pasti kenapa aku boleh ada banyak masa lapang hari ini. Padahal ada 2 PO nak kena settle. (bila pula buat PO masuk dalam JD aku???)

Hmmmm..settle da masalah PO yang memang bukan kerja aku. Aku dah TAICHI kat orang lain.HAHAHAHAHA... K, sambung sedih...

Aku singgah blog sahabat. Aku baca entry terkini. Aku jadi sayu. Aku cam terperasan orang yang dia maksudkan itu aku.

~~sob...
Jujur, aku rasa apa yang dia rasa. Aku tahu dia sayang aku. Terlalu sayang (katanya). Tak dinafikan bahawa aku memang selesa dengannya. Perasaan sayang tu memang dah ada. Aku tahu aku dah berlaku tidak adil (semata-mata nak jaga hati sendiri, aku tersakitkan hati beliau). Padahal, bukan aku hairan sangat dengan wang berjuta (sebab boleh usaha). Bukan aku pandang wajah yang tampan (kalau tua, berkedut juga). Errr.. Tapi aku pandang pelajarannya. (Tidak perlu capai PHd. Cukup sekadar diploma. Kalau lagi tinggi lagi bagus.) Yang sebenarnya, aku takut komitmen yang melibatkan hati dan perasaan.



Chupp!!!

Sebelum korang nak kutuk aku dengan lebih mendalam, biar aku terangkan kenapa aku keluarkan statement seperti di atas.


Wang berjuta
Aku memang tak hairan dengan wang berjuta. Tapi itu bukan bermakna aku tak pandang langsung kedudukan ekonominya. Materialistik???? Oit, ni REALISTIKlah!!! Bagi aku, kenapa nak tambah komitmen kalau komitmen terhadap diri sendiri pon lebur??? Maksudnya di sini, nak bercinta dan berkasih sayang memang perlukan modal. Contoh terdekat; ayah aku. Sebagai ayah yang bertanggungjawab dan sangat penyayang, AYAHku akan cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan anak-anak. Itu ayah... Kalau pakwa makwa? Bila dating, mesti nak tengok wayanglah, makan-makanlah. Belum lagi teddy bear, perhiasan emas, telefon bimbit dan yang sewaktu dengannya. Aduhai... Makanya, faham-faham sendirilah (kalau tak faham, biar aku bagi tuisyen).


Wajah yang tampan
Itu bukan keutamaan aku. Kalau dapat pun kira bonuslah. Tapi janganlah sampai aku nak tengok pun meremang bulu roma. Sesedap mata memandang pun dah cukup bagus. Tampan sangat nanti takut kena kongsi pula. Mak tak rela, nok!!!

Pelajaran
1. Orang yang berpelajaran sering dikaitkan dengan mempunyai pamikiran yang terbuka

2. Orang berpelajaran biasanya berfikir sebelum bertindak

3. Aku tak nak pasangan aku kena kutuk sebab pelajaran tak seberapa

4. Orang berpelajaran biasanya pantang putus asa. Mereka akan cuba berikhtiar untuk menjadi lebih baik. (ye ke? ke aku sorang je yang rasa begitu???)

5. And, kalau orang tu berpelajaran, dia boleh jadi sumber rujukan aku. (Kira boleh diharaplah)

6. Lastly, alasan yang aku rasa paling comel... Aku nak dapatkan GEN PANDAI untuk anak-anak aku... (Berangan... baru kena ayat sikit dah gelabah. Inikan lagi soal berkeluarga. cet!!!)

Skeptical sangatkah aku ni? Hmmmm... Tapi dalam banyak-banyak, iman menjadi keutamaan. Memandangkan aku ni sengal dan selalu lalai, aku memang perlukan pembimbing. Bukan pemimpin tau!!! setakat nak pimpin, aku rasa budak darjah satu pun boleh buat. Haha..

Cukup sampai di sini dulu repekan aku. Sambung kerja. Nanti orang ingat aku makan gaji buta pula.

PEACE NO WAR

P/s: Gambar-gambar yang ada dalam Blog aku hanya sekadar hiasan.
Thanks for reading & no hard feeling ya'

No comments: