About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, December 5, 2010

Berehat Bersama Keluarga...


Aaaarrrggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!Letih juga badan bermain-main di air terjun... Walau air hanya separas betis, tapi sesekali beriadah bersama keluarga dirasakan sangat bahagia. Paling seronok bila sesi makan yang tak berhenti-henti. Dari mula kami pasang khemah sehinggalah saat berkemas mahu pulang.


Pada mulanya kami risau tidak cukup makanan, tetapi sekali berkumpul, masing-masing bawa bekalan. Bahagianya!!!Banyak makanan... Pecah diet aku!!!

Kalau nak cakap pasal meriah, memang diakui meriah lah sebab ada anak Abang Naz yang sangat kecoh dan aktif. Kalaulah tak ada budak-budak kecil tu, mesti kurang meriah. Air sungai yang sejuk tu buat aku dan yang lain berfikir 10x kali nak berendam. 10 minit pertama, air cuma kena paras betis. Masing-masing mengumpul kekuatan untuk cuba duduk dalam air. 10 minit selepas membasahkan diri sehingga paras pinggang, masing-masing bangun dan mencari makanan. 5 minit selepas makan, semua berkira-kira mahu sambung berendam atau celup-celup kaki saja. Tatkala matahari memancarkan cahaya tengah hari tepat di kepala, semua berkeputusan untuk sambung berendam. Kurang dari 10 minit, seorang-seorang naik untuk sambung makan. Hahaha... begitulah kami sehingga tangki di perut penuh. Sungguhpun begitu, makanan tak habis-habis.

Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan buat Baie a.k.a Abang Jagong, Aieda a.k.a Kakak Jagong, 2 Debab (adik-adik tersayang) dan Abang Naz bersama anak-anaknya menjayakan plan riadah hujung minggu yang aku buat at very last minute. Oh, Tak lupa juga Aril yang telah dijemput Baie at very last minute walaupun datang sekejap saja. Thanks a million, you all!!!


Kepada kawan-kawan yang tak dapat nak turut serta menghabiskan hari hujung minggu bersama kami kali ini, lain kali kita buat lagi aktiviti ni ya? Siap BBQ lagi... Ok tak??? hihi..

No comments: