About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, December 11, 2010

Kenduri Kahwin

Hari ni ada 2 orang kawan aku kahwin. Kalau nak diikutkan, aku memang tiada masalah nak pergi. Cuma aku saja yang malas. Jahat, kan??? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang datang, baru padan muka aku. Hmmm... Entahlah. I just feels like not going...

Okay!!! Don't you ever think that I'm not going just because I don't have boyfriend to accompany me... HELLO!!! Aku bukan orang macam tu lah. Aku cuma rasa nak berehat di rumah minggu ni. Esok ada lagi kawan yang kahwin. Jauh pula tu(Sungai Besar je pon). Jadi, aku ingat duduk rumah sajalah hari ni. Bukan senang orang nak tengok aku ada kat rumah sekarang ni. Pantang ada cuti, merayau. Minggu lepas aku keluar area Lembah Kelang. Itu boleh masuk dalam kategori paling dekat. Minggu-minggu sebelum tu, aku ke Kuantan lah, Melaka lah, Lumut lah... Aku pun tak pasti sejak bila aku rajin sangat berjalan. Sebab dapat kawan-kawan yang rajin berjalan kot. Biasanya aku akan memerap kat bilik. Mama siap keluarkan statement aku Anti-Sosial. Haha...


Alahai... Bila aku duduk rumah, sakit mata lihat aku katanya. Bila aku keluar, asyik membebel kata aku tak reti duduk rumah. Confuse mak, nok!!! Biarlah nak cakap apa pun. Esok aku nak pergi Sungai Besar. Kenduri kahwin Zam aka Herry. Kiranya, tak adalah jahat sangat aku ni, kan? Harap-harap masa aku kahwin nanti, adalah orang nak datang. Kalau rasa-rasa tak ada orang datang, aku jemput orang masjid je la... Jimat banyak!!! Ahahaha... Sebelum aku merepek dengan lebih melampau, adalah bagus sekiranya aku berhenti setakat ini sahaja.


Da...

2 comments:

Fatin Fairuz said...

Cik besties..sila claim award ko daro aku okey! hehe..;)

zaZa_Luv said...

cmne nk claim???kne ngadap ratu ker????hik3..