About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, December 24, 2010

MEREKA BUAT AKU RASA SUSAH

Masa mula-mula aku jumpa mereka... PERGHHHH!!!! Seriously aku takut. Kalau jalan depan diorang tu rasa semacam. Ala-ala nak kena telan. Aku rasa susah. Bila dah mula kenal, rupanya mereka biasa saja. Taklah KEKWAT yang macam aku mula-mula sangka. Semakin aku kenal, semakin seronok berkawan dengan mereka.




Setiap yang hadir, akan pergi jua. Itu dah jadi lumrah. Aku tahu. Aku faham. Aku sedar. Tapi aku masih belum dapat cari kekuatan untuk menghadapi perpisahan. Bersama mereka aku jadi individu yang lain. Aku berubah secara total. Aku bukan lagi budak yang pemalu, pendiam dan ANTI SOSIAL. Aku senang bercerita, meluah rasa... (part memceceh, memang tak ada yang boleh challange). Aku sering diajuk kerana caraku bercakap aka menceceh. Tapi aku tau mereka sukakan itu. Hahahahaha... Tapi mereka dah buat aku susah untuk tinggalkan habit tu.

Bergurau...


Menjoyah...


Ya, aku terlupa siapa aku dahulu setiap kali bersama mereka. Saat ini, ketika aku cuba mencari kekuatan dalam menghadapi perpisahan, aku seakan terperangkap dalam aku yang dulu. Aku menjadi pendiam dari biasa (statement yang macam kurang betul). Aku terasa seakan ingin menjauhkan diri dari mereka. Aku rasa susah.



Di sudut ini ku buang pandang. Melihat gelagat mereka yang selalu riang walau masalah sering datang. Aku kagum. Terfikir. Adakah di masa akan datang aku akan dapat rasai suasana ceria seperti sekarang? Mampukah aku bertahan seandainya aku mereka tinggalkan? Mereka betul-betul buat aku susah.

No comments: