About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Friday, December 31, 2010

Kau Ilhamku...

Ecewah... Meletop tak tajuk??? Buat propa sikit... Hehe... Jam 2 pagi ditemani Canon in D (piano version) yang sungguh menenangkan buat aku teringin nak menulis. Lagu ni ingatkan aku pada banyak kenangan. Sedih, suka, susah, senang...

Diakui aku memang sangat naif suatu ketika dulu. Aku mudah percaya pada kata orang. Rasa rendah diri yang teramat sehingga ada di antara mereka yang kononnya bergelar kawan mengambil kesempatan ke atas kenaifanku. Entah kenapa, aku rasa lagu ni sangat dekat denganku. pengubat lara, mungkin. Melodinya seperti kisahku. Tanpa perlu senikata ianya seperti diterjemah sendiri.

Aku mula mendengar lagu ini ketika aku masih di bangku sekolah. Yang pasti, usiaku sangat muda ketika itu. Aku tertarik dengan muziknya sewaktu lalu di hadapan kedai menjual hadiah atau nama glamournya, GIFT SHOP. Sejak dari itu aku sering mencari peluang untuk lalu di kedai tersebut.

Ketika umurku 13 tahun, aku dimasukkan ke sekolah berasrama harian di Kampong Pandan. Pada ketika itu, aku hanya minta jam tangan dari ayah dengan alasan untuk memudahkan aku mengurus masa. Maka, ayah pun bawa aku ke kedai jam. Jam yang aku beli bukanlah bernilai ratusan ringgit. Harganya sekitar RM30 sahaja. Jam tangan berwarna hijau terang menjadi pilihanku. Aku sendiri kurang pasti kenapa aku memilih jam itu sedangkan banyak lagi jam yang tampak elegan dan menarik. Sesampainya aku di rumah, terus ku set alarm. Kononnya untuk cuba-cuba kalau jam yang baru dibeli itu ada rosak mana-mana. Teruja sebenarnya...

Jan tangan hijau terang kupakai ke mana saja sehinggalah pada suatu hari tali jam kesayanganku itu putus. Sedih. Jam itu ku bawa pulang lalu ku tunjuk pada ayah. Ayah bawa jam ke kedai untuk mengganti tali yang baru. Kupilih tali berwarna merah jambu dan biru ala-ala Baby-G yang sedang famous ketika itu. Ya aku tahu pelik sungguh padanan warna yang aku pilih. Setelah jam ku tukar tali, aku tidak lagi bawa ke mana-mana. aku tinggalkan di locker bilik dan hanya pakai ketika tidur. Jam tangan ku jadikan jam loceng. Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari, aku pulang lewat ke asrama kerana ada latihan rumah sukan di sekolah. Jam yang aku tinggalkan di dalam locker menjerit-jerit. Setibanya aku ke bilik, seorang rakan menegurku. Katanya radio aku terpasang dari tadi. Aku hairan. Sedagkan walkman pun aku tak ada, macam mana bunyi radio boleh datang dari locker aku? Tak lama kemuadian, keluar lagi bunyi dari locker aku. Rupa-rupanya bunyi dari jam hijau terangku. Jamku sudah semakin tua. Setting berubah sendiri. Bunyi yang keluar dari jam pada ketika itu ialah Canon in D dan itulah kali terakhir aku dengan jam itu berbunyi. Sayu kan?

Pada usiaku 18 tahun, aku ditawarkan mengikuti kursus diploma di salah sebuah universiti tempatan. Oleh kerana jarak yang jauh dari keluarga, ayah mengajak aku membeli telefon bimbit di salah sebuah gedung membeli-belah berdekatan rumah. Ketika itu, aku memilih Motorola T190 (kalau tak silap, itulah modelnya) berwarna putih. Handphone secondhand. Tak kisahlah. Janji boleh pakai. Sebenarnya aku pernah pakai handphone ketika di tingkatan lima. Tapi aku selalu je mengelak bila ayah suruh bawa handphone ke mana saja aku pergi. Tapi aku rimas. Selalu saja aku tinggalkan di rumah. Ayah ingat aku tak mahu guna, lalu dia ambil dan... aku tak tahu mana handphone tu sekarang. Bertemankan Motorola T190 yang selalu hang aku meneruskan pengajianku. Hampir setiap malam ayah dan mama akan call. Hampir setiap tengah malam jugalah aku akan menerima panggilan dari teman. Cuba teka ringtone yang aku guna ketika itu...??? Ya, Canon in D.

Terasa seperti setiap langkah di iringi Canon in D. Bila aku susah hati, aku dengar lagu ni. Bila gembira pun aku dengar lagu ni. Lagu ni seperti meneutralkan rasa. Tak kiralah pada ketika aku marah, bosan, sedih, keliru atau apa saja aku pasti kembali tenang dengan lagu ini. Macam ada CHEMISTRY. Lagu macam beri ilham padaku.

Bayangkan, aku mencari tajuk lagu ini sedari aku kanak-kanak sehinggalah beberapa hari lepas, ketika aku mencari lagu sesuai untuk dimuatkan dalam video tahunan aku. Seorang teman mencadangkan lagu Canon in D. Pada mulanya aku seperti ragu-ragu tapi kucuba cari di Youtube. Nah!!! Inilah lagu yang aku cari selama ini!!!

Kini, malamku terasa kosong tanpa Canon in D. Canon in D dah macam lagu tidur. Thanks a million to Afiq Aslam yang cadangkan lagu ni pada aku... Kerana lagu ini juga aku menulis di tengah malam macam ni. Sumber ilhamku...

Monday, December 27, 2010

GUMBIRA

Wah!!! aku bahagia betul hari ni. Bangun pagi jam 11. Sambung cuci baju. Lepas tu online. Kemudian makan nasi ayam special yang mama buat. SUPERB!!!

Dapat siapkan 1 artikel berguna dan bermain dengan ADAM...

Hati sungguh GUMBIRA!!!

Buat Sahabat yang SWEET... (on his birthday...)

Kelmarin aku tak boleh tidur. Jadi, aku pun cuba buat sesuatu yang kreatif. Maka, terhasillah hadiah hari lahir khas buat Encik Ciken...

Lama juga aku nak cari ilham. Aku tidur pukul 3 pagi. Fuhhh.. Mencabar tak??? Sebenarnya, video ni simple sangat. Yang buat aku fikir lama-lama tu bila nak fikir ayat yang apa nak guna (tu ikhlas dari hati wo!!!), pastu decoration yang menghiasi wording (payah jugak sebab nak kena pilih mana yang free..ehehe.. berbayar kot) and lastly paling pening, background music. Last-last, slumber aku masuk OST Fruit Basket.

Mula-mula aku plan nak makan malam sama-sama. Tapi disebabkan oleh Baby Black masuk ICU, terpaksalah aku batalkan niat. Lagipun, En. Ciken ada banyak jemputan untuk dihadiri pada hari tersebut. Oleh yang demikian, aku buatlah video khas untuk hari lahir beliau.

http://www.youtube.com/watch?v=15qLmMQBU7w&feature=mfu_in_order&list=UL

Dear En. Ciken,
Aku tau ko follow blog aku yang best ni. Sorry la tak boleh celebrate birthday ko same2. Tapi ko ok je kan? Sorry gak sebab takde teddy bear utk ko.. Tapi kalau ko nak, aku boleh je bagi satu... Aku ade byk kat rumah ni sampai tak tau nak campak mana.. Cuma, aku rase video ni dah habis sweet aku buat utk ko.. Kalo pas ni kte da x jumpe lg, ko lyn la lagu ni.. Kunun2 tanda ingatan. Ecewah. Aku da post kat Youtube. Bila2 pon ko boley layan...


Sekian blog entry untuk kali ini.

Sunday, December 26, 2010

Senggugut @ Period Pain

Seperti yang kita semua sedia maklum, senggugut atau "Period Pain" ialah sejenis penyakit yang sering menyerang kaum wanita tanpa mengira usia lebih-lebih lagi golongan wanita yang berada dalam lingkungan usia boleh mengandung. Aku juga tak terkecuali dari terkena penyakit ini. Memang sakit. Rasa macam nak minta kena pancung. Bayangkanlah, aku paling benci sekali bila "mood swing". Asyik nak marah-marah. Semua serba tak kena. Rimas betul.

Mari aku kongsikan sedikit tentang senggugut. Sakit perut ketika haid ini dikenali sebagai senggugut ataupun terminologi perubatannya ialah "dysmenorrhoea". Senggugut boleh dibahagikan kepada dua jenis. Jenis pertama dipanggil senggugut primer (primary dysmenorrhoea) dan jenis kedua senggugut sekunder (secondary dysmenorrhoea).

Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit di pelvis seperti adanya jangkitan kuman. Senggugut jenis ini lazimnya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan. Seseorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini untuk mengelakkannya daripada berasa susah hati dan berfikiran bukan-bukan. Oleh sebab kesakitan kuat yang dialami, ada wanita memikirkan bahawa dia diserang penyakit yang serius dan seterusnya akan menyebabkan kesukaran hamil. Dengan mengetahui puncanya, rawatan dapat diberikan dengan lebih berkesan. Kadangkala dengan kefahaman ini juga, rawatan minda tanpa ubat-ubatan sudah cukup untuk memberikan kesan yang baik.

Pada kebiasaannya, pesakit dinasihatkan mengambil ubat-ubatan atas nasihat doktor sekiranya senggugut yang dihidapi terlalu teruk. Penggunaan pil perancang boleh mengelakkan kesakitan senggugut kerana pil ini akan menghalang proses ovulasi. Lazimnya rawatan jenis ini akan diberikan kepada wanita yang lebih tua dengan kemungkinan pada masa yang sama mereka memerlukan kaedah untuk menjarak kelahiran anak. Bagi golongan remaja pula,mereka dinasihatkan mengambil ubat-ubatan untuk menahan kesakitan ketika kedatangan haid saja. Kumpulan ubat-ubatan yang diberikan adalah daripada kumpulan NSAIDS [ubat anti-inflamasi nonsteroid, biasanya disingkat NSAID atau NAIDs, tetapi juga disebut sebagai agen anti-inflammatory drugs / analgesik (NSAIAs) atau ubat anti-inflammatory drugs (NSAIMs), adalah ubat-ubat dengan kesan analgesik dan antipiretik (mengurangkan demam) dan yang, dalam dos tinggi, kesan anti-inflamasi]. Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini adalah mencapai 80 peratus. Kejayaan ini diperoleh kerana ubat-ubatan jenis ini menghalang pengeluaran prostagladin daripada dinding rahim. Oleh itu, pengambilan ubat ini perlulah dilakukan sebaik saja pendarahan haid bermula ataupun apabila mula terasa sakit.

Jika rawatan di atas gagal untuk merawat kesakitan senggugut, besar kemungkinan kesakitan itu bukan disebabkan oleh senggugut primer. Bagaimanapun, kesakitan mungkin disebabkan senggugut sekunder yang timbul daripada masalah penyakit pelvis. Oleh itu, siasatan perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit itu dan rawatan yang tepat untuk penyakit perlu diberikan.

Tanda-tanda atau simptom senggugut;
-Perut kembong
-Kejang perut

-Payu dara bengkak atau sensitif
-Ketegangan atau bimbang (anxiety)
-Masalah tidur (insomnia)

-Sakit sendi atau otot
-Pening kepala

-Lesu

-Jerawat

-Hayunan perasaan (Mood swings)

-Peningkatan masalah kulit sedia ada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)

Dah faham tentang senggugut??? Belum??? Nak lebih info??? Ok... Sekarang kita dah tahu maksud, punca dan tanda-tanda senggugut. Biar aku kongsi petua untuk hilangkan senggugut.

Petua;
Petua 1
Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3
Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4
Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5
Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Sukar nak dapatkan bahan seperti di atas? Bagi orang malas macam aku, biasanya aku akan tuam/demah air panas di sekitar kawasan yang sakit seperti perut dan pinggang. Penggunaan minyak angin/minyak panas(bukan minyak masak panas tau) turut membantu mengurangkan rasa sakit.


Banyakkan minum air masak suam dan elakkan minum ais dan benda-benda sejuk. Akhir sekali, aku akan tidur. Bila bangun, sakit pun hilang...

Mudah kan? Selamat mencuba...

Sumber;
http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_senggugut
http://101petua.blogspot.com/2010/01/petua-merawat-sengugut.html
http://www.ehomemakers.net/my/article.php?id=452

Friday, December 24, 2010

MEREKA BUAT AKU RASA SUSAH

Masa mula-mula aku jumpa mereka... PERGHHHH!!!! Seriously aku takut. Kalau jalan depan diorang tu rasa semacam. Ala-ala nak kena telan. Aku rasa susah. Bila dah mula kenal, rupanya mereka biasa saja. Taklah KEKWAT yang macam aku mula-mula sangka. Semakin aku kenal, semakin seronok berkawan dengan mereka.




Setiap yang hadir, akan pergi jua. Itu dah jadi lumrah. Aku tahu. Aku faham. Aku sedar. Tapi aku masih belum dapat cari kekuatan untuk menghadapi perpisahan. Bersama mereka aku jadi individu yang lain. Aku berubah secara total. Aku bukan lagi budak yang pemalu, pendiam dan ANTI SOSIAL. Aku senang bercerita, meluah rasa... (part memceceh, memang tak ada yang boleh challange). Aku sering diajuk kerana caraku bercakap aka menceceh. Tapi aku tau mereka sukakan itu. Hahahahaha... Tapi mereka dah buat aku susah untuk tinggalkan habit tu.

Bergurau...


Menjoyah...


Ya, aku terlupa siapa aku dahulu setiap kali bersama mereka. Saat ini, ketika aku cuba mencari kekuatan dalam menghadapi perpisahan, aku seakan terperangkap dalam aku yang dulu. Aku menjadi pendiam dari biasa (statement yang macam kurang betul). Aku terasa seakan ingin menjauhkan diri dari mereka. Aku rasa susah.



Di sudut ini ku buang pandang. Melihat gelagat mereka yang selalu riang walau masalah sering datang. Aku kagum. Terfikir. Adakah di masa akan datang aku akan dapat rasai suasana ceria seperti sekarang? Mampukah aku bertahan seandainya aku mereka tinggalkan? Mereka betul-betul buat aku susah.

24/12/2010-Boring

Hari ke-2 aku datang awal...

Dah ada orang tapi pejabat gelap macam semalam. Tak ada benda menarik selain check inbox and Facebooking.

.............................................................................................

Sekadar meng"update" fail ngan buat "simple system for filing" untuk memudahkan kerja aku. Berguna gak ilmu yang aku blaja ngan x-bos, Stanley Wong walaupun sikit je sempat belajar. Hahaha... Ilmu yang tak dimanfaatkan adalah ibarat pohon yang tidak berbuah... ecewah...

Thursday, December 23, 2010

23/12/2010-03

Post ke-3... tp kali kisah kurang best...~sob..sob..

Aku pun tak berapa nak pasti kenapa aku boleh ada banyak masa lapang hari ini. Padahal ada 2 PO nak kena settle. (bila pula buat PO masuk dalam JD aku???)

Hmmmm..settle da masalah PO yang memang bukan kerja aku. Aku dah TAICHI kat orang lain.HAHAHAHAHA... K, sambung sedih...

Aku singgah blog sahabat. Aku baca entry terkini. Aku jadi sayu. Aku cam terperasan orang yang dia maksudkan itu aku.

~~sob...
Jujur, aku rasa apa yang dia rasa. Aku tahu dia sayang aku. Terlalu sayang (katanya). Tak dinafikan bahawa aku memang selesa dengannya. Perasaan sayang tu memang dah ada. Aku tahu aku dah berlaku tidak adil (semata-mata nak jaga hati sendiri, aku tersakitkan hati beliau). Padahal, bukan aku hairan sangat dengan wang berjuta (sebab boleh usaha). Bukan aku pandang wajah yang tampan (kalau tua, berkedut juga). Errr.. Tapi aku pandang pelajarannya. (Tidak perlu capai PHd. Cukup sekadar diploma. Kalau lagi tinggi lagi bagus.) Yang sebenarnya, aku takut komitmen yang melibatkan hati dan perasaan.



Chupp!!!

Sebelum korang nak kutuk aku dengan lebih mendalam, biar aku terangkan kenapa aku keluarkan statement seperti di atas.


Wang berjuta
Aku memang tak hairan dengan wang berjuta. Tapi itu bukan bermakna aku tak pandang langsung kedudukan ekonominya. Materialistik???? Oit, ni REALISTIKlah!!! Bagi aku, kenapa nak tambah komitmen kalau komitmen terhadap diri sendiri pon lebur??? Maksudnya di sini, nak bercinta dan berkasih sayang memang perlukan modal. Contoh terdekat; ayah aku. Sebagai ayah yang bertanggungjawab dan sangat penyayang, AYAHku akan cuba sedaya upaya untuk penuhi permintaan anak-anak. Itu ayah... Kalau pakwa makwa? Bila dating, mesti nak tengok wayanglah, makan-makanlah. Belum lagi teddy bear, perhiasan emas, telefon bimbit dan yang sewaktu dengannya. Aduhai... Makanya, faham-faham sendirilah (kalau tak faham, biar aku bagi tuisyen).


Wajah yang tampan
Itu bukan keutamaan aku. Kalau dapat pun kira bonuslah. Tapi janganlah sampai aku nak tengok pun meremang bulu roma. Sesedap mata memandang pun dah cukup bagus. Tampan sangat nanti takut kena kongsi pula. Mak tak rela, nok!!!

Pelajaran
1. Orang yang berpelajaran sering dikaitkan dengan mempunyai pamikiran yang terbuka

2. Orang berpelajaran biasanya berfikir sebelum bertindak

3. Aku tak nak pasangan aku kena kutuk sebab pelajaran tak seberapa

4. Orang berpelajaran biasanya pantang putus asa. Mereka akan cuba berikhtiar untuk menjadi lebih baik. (ye ke? ke aku sorang je yang rasa begitu???)

5. And, kalau orang tu berpelajaran, dia boleh jadi sumber rujukan aku. (Kira boleh diharaplah)

6. Lastly, alasan yang aku rasa paling comel... Aku nak dapatkan GEN PANDAI untuk anak-anak aku... (Berangan... baru kena ayat sikit dah gelabah. Inikan lagi soal berkeluarga. cet!!!)

Skeptical sangatkah aku ni? Hmmmm... Tapi dalam banyak-banyak, iman menjadi keutamaan. Memandangkan aku ni sengal dan selalu lalai, aku memang perlukan pembimbing. Bukan pemimpin tau!!! setakat nak pimpin, aku rasa budak darjah satu pun boleh buat. Haha..

Cukup sampai di sini dulu repekan aku. Sambung kerja. Nanti orang ingat aku makan gaji buta pula.

PEACE NO WAR

P/s: Gambar-gambar yang ada dalam Blog aku hanya sekadar hiasan.
Thanks for reading & no hard feeling ya'

23/12/2010-02

Yeah, entry ke-2 untuk hari ini...

Aku macam terMALU bila ada rakan SEPEJABAT yang baca blog aku. Aaarrrggghhhhh!!!! punyalah banyak aku mengarut dalam blog. Boleh pula dia baca siap sengih-sengih. huuuuuuu... mana nak letak muka ni? Paling best siap komen kat pesbuk aku..ngeeeee... sabo je le...

Special request dari beliau. Blog tentang kami tersesat cari rumah ZAM masa kenduri kahwin ZAM. Akan ku cari masa sesuai untuk mengarang ye sahabat... Kena ambil "feel" dulu. Sebab hasil tulisan kat blog ni suke bermain dengan perasaan... Tunggu!!!!

23/12/2010-01

Pagi ini aku sampai pejabat tersangatlah awal. Jam 7.59 pagi aku dah pun duduk dalam pejabat yang gelap. Terima Kasih kat Pak Guard yang main suis lampu di pagi yang sejuk gila. WAAAARRGGGGHHHHHHH!!!!!Lapar di pagi hari. Jual mahal sangat bila mama suruh bawa nasi lemak. Padan muka aku.

Setengah jam dirasakan begitu pantas berlalu. Jam menunjukkan sudah 8.30 pagi. Sudah mula nampak kelibat staff yang lain datang. Hmmm... Otakku cekap buat plan. Nak ajak orang pergi sarapan pagi...hehehe... Aku memang tak boleh tahan kalau tak sarapan pagi. Mesti tidak keruan sampailah aku dapat makan. Tengok line clear, ku ajak semua yang ada pergi sarapan. Best!!!

Bagi melupakan kisah yang tak best seperti semalam, aku berkeputusan menukar wallpaper LAPPY bertujuan untuk mengurangkan rasa yang menyesakkan dada. Berbeza dengan wallpaper terdahulu yang memeningkan kepala "diserikan" lagi dengan icons yang memenuhkan screen.



Jujur aku katakan, sebenarnya aku rasa best pula tak ada kereta. Pagi-pagi ada orang hantar pergi kerja. Lepas tu Encik Bos tak boleh suruh aku keluar hantar dokumen sebab ketiadaan BABY Black. Jimat duit minyak. Jimat tenaga sebab tak berhempas pulas pusing steering kereta yang power lengan tu. Aku patut enjoy this moment la... Tapi nanti masa tengah hari, aku nak makan kat mana pula???? Mommy pergi buat check-up ibu mengandung. Tak tahu pula bila masuk pejabat. Aku nak jalan pergi tasik sendiri???? Memang tak akan punya. Makan kat cafe tingkat 5??? Errr.. pilihan terakhir. Menggedik tak aku?

Tak kisah lah apa pun, yang penting aku nak nikmati pagi damai...

Wednesday, December 22, 2010

Aku Accident Lagi





Yeah... Aku accident lagi. Kalau dulu aku kena sorang, siang tadi aku bersama MOMMY dan Baby... Gara-gara nak hantar TENDER kt GOMBAK. Cis!!! Akhirnya, tender tersebut dihantar oleh Hafifi & Leman, manakala keretaku tersadai. MOMMY pula dikejarkan ke PUSRAWI. Alhamdulillah, MOMMY ngan Baby sihat... Tiada kecederaan pada pemandu dan penumpang kecuali BABY BLACK kesayanganku... Remuk hati bila nampak kesan lekuk, kemek dan calar. Apalah nasib aku hujung tahun ni. Perancangan untuk melancong, CANCEL serta merta!!! ~~~sob...

Anyway, thanks to Hafifi & Leman sebab berjaya menghantar tender on behalf aku & MOMMY... Sayang korang lebey la!!!

Tuesday, December 21, 2010

Blog 101



Wah!!! Blog entry yang ke-101... Teruja betul!!!

Akhirnya azam aku untuk capai bilangan blog entry terkumpul minimum 100 tercapai tahun ini. Terima kasih Tuhan kerana beri aku peluang untuk hidup. Kerana nikmatNya, aku dapat hasilkan blog entry sebanyak ini... Syukur Alhamdulillah(walaupun kebanyakan isi blog aku merepek).

Dengan perasaan teruja (sampai lupa nak mandi lepas balik kerja), aku terus meng"update" blog. Haha...

Mendengar suara-suara sumbang seakan tak puas hati dengan aku (sebab tak mandi-mandi dari balik kerja tadi), maka dengan ini aku tamatkan dulu blog entry kali ini...

Lepas mandi sat gi kalau dapat ilham best, aku sambung update lagi...

Btw, thanks for reading. Sayang u ollz!!!

Wednesday, December 15, 2010

Terharu!!!

Otak tepu selepas mengarang surat cadangan untuk dihantar ke Kementerian Pelajaran. Sepatutnya aku sedang proof-read surat tersebut tapi entah kenapa tangan ni gatal nk melawat blog kawan-kawan. Maka tersangkutlah aku kat blog sahabat bernama Fatin. Kelakar betul mak cik sorang ni dengan cerita RM10 nya. Perlahan aku scroll mouse untuk ke blog seterusnya. Tiba-tiba mataku tertancap pada blog bertajuk Tagged-Award..Super Duper Suka =)" Memang kelas lah nok!!!! Ahahaha...


Terharu sebab aku dikalangan sahabat yang A.W.E.S.O.M.E
Hikhikhik...(Senyum Kambing)

Dasar Mangkuk!!!

Aku bukan RACIST. Wah, statement aku!!!

Di sini ingin aku kongsikan pengalaman berurusan dengan lelaki berbangsa Cina bernama Gary Yeoh. Beliau merupakan pekerja di Syarikat P** Design. Ishk, baru nak describe pasal dia aku dah rasa macam nak belasah mangkuk tu. Punyalah sopan aku send emel kat colleague dia minta sampaikan pesan sebab aku tak dapat call/SMS dia. Boleh pula dia tendang emel cakap tindakan aku SANGAT TAK PROFESSIONAL!!! Celaka punya babun!!! (tak tahu apa itu babun? sila rujuk rajah di bawah)



Bayangkanlah, emel aku cuma berkenaan penetapan tarikh lawatan tapak. Dia boleh cerita pasal dia satu hari kat site lah, itulah, inilah... Aku peduli apa??? Aku cuma nak tahu tarikh dan masa lawatan tapak. Itu pun susah? Kalau tak tahu, cakaplah akan beritahu selepas dapat pengesahan pihak berkenaan. Hampeh!!! Betul-betul bikin spoil mood aku pagi-pagi.


Aku balas emel rasa macam nak menangis. Punyalah nak tunjuk preofessional. Tak nak marah-marah macam mangkuk hampeh tu, aku minta jasa baik Puan Aisyah karang emel tu. Nasib baiklah aku agak rasional. Itu pun sipi-sipi nak hilang rasional. Kalau tak, emel aku mesti macam budak darjah tiga punya karangan. Apalah nasib.

Aku malas nak fikir pasal mangkuk hampeh. Tak guna betul.

~~mencari ketenangan... kembalikan semula kerasionalan aku...

Motif????

Aku betul-betul tak faham apa motif statement ayah malam tadi. Tiba-tiba cakap aku nampak macam student. Apa punya statement la... Cakap dengan bersungguh-sungguh pula. Lepas tu dok relate dengan cerita dia. Katanya masa umurnya 30 tahun (sudah berkawin dan ada anak), orang ingat dia baru berusia 26 tahun. Nak cakap aku dapat gen awet muda dari dia la tu. Cet.

Mendengar statement dari ayah buat aku dan adik-adik yang lain seakan blur. Aish... Kenapa pulalah ayah tiba-tiba keluarkan statement tu.

Aku tahu ayah concern pasal aku. Mana taknya, aku kerja bahagian jualan. Target market pula golongan korporat. Muka macam budak, macam mana nak jual produk???

Setakat nak beritahu pasal benda ni, aku dah lama tahu. Hmmm... Alahai...

Saturday, December 11, 2010

Kenduri Kahwin

Hari ni ada 2 orang kawan aku kahwin. Kalau nak diikutkan, aku memang tiada masalah nak pergi. Cuma aku saja yang malas. Jahat, kan??? Nanti kalau aku kahwin, tak ada orang datang, baru padan muka aku. Hmmm... Entahlah. I just feels like not going...

Okay!!! Don't you ever think that I'm not going just because I don't have boyfriend to accompany me... HELLO!!! Aku bukan orang macam tu lah. Aku cuma rasa nak berehat di rumah minggu ni. Esok ada lagi kawan yang kahwin. Jauh pula tu(Sungai Besar je pon). Jadi, aku ingat duduk rumah sajalah hari ni. Bukan senang orang nak tengok aku ada kat rumah sekarang ni. Pantang ada cuti, merayau. Minggu lepas aku keluar area Lembah Kelang. Itu boleh masuk dalam kategori paling dekat. Minggu-minggu sebelum tu, aku ke Kuantan lah, Melaka lah, Lumut lah... Aku pun tak pasti sejak bila aku rajin sangat berjalan. Sebab dapat kawan-kawan yang rajin berjalan kot. Biasanya aku akan memerap kat bilik. Mama siap keluarkan statement aku Anti-Sosial. Haha...


Alahai... Bila aku duduk rumah, sakit mata lihat aku katanya. Bila aku keluar, asyik membebel kata aku tak reti duduk rumah. Confuse mak, nok!!! Biarlah nak cakap apa pun. Esok aku nak pergi Sungai Besar. Kenduri kahwin Zam aka Herry. Kiranya, tak adalah jahat sangat aku ni, kan? Harap-harap masa aku kahwin nanti, adalah orang nak datang. Kalau rasa-rasa tak ada orang datang, aku jemput orang masjid je la... Jimat banyak!!! Ahahaha... Sebelum aku merepek dengan lebih melampau, adalah bagus sekiranya aku berhenti setakat ini sahaja.


Da...

Friday, December 10, 2010

Ahahahaha.. Pesbuk Opis Da Kene Blok!!!

Cam siot jer.
Pesbuk da kne blok kt opis.
Mati kutu budak opis aku da ni..Haih...


Nasib la Pesbuk jer. Eh, Youtube ngan Tweet2 pon kne gak..
Nasib la aku de Skype, YM, Myspace, Netlog, Friendster, WAYN, bla3...
Kalo ni pon kne blok, bw CD katon g opis la aku jawabnyer...

Holiday Mo0d

I just can't wait for 27 Dec. I'll be on leave like forever!!!(though it's only a week)... The story of yesterday will be deleted from my memory. Hehehe...


Now I can start to think about beaches.. Muahahahaha... Cherating, Pahang? Sounds good. Or maybe Teluk Batik, Perak? Or worst to worst, Port Dickson, Negeri Sembilan??? If only I can spend a week at private beach or peaceful island...





Oh, I have 2 more weeks to work... Can't wait...

Thursday, December 9, 2010

AKU TAK PUAS HATI DENGAN HARI INI...


Hmmm... After what I've done, they simply kick me out... THANK YOU!!! Lepas ni, aku memang cari alasan dari buat mende hampeh ni. Aku cuti lagi best. CIS!!!!

Sunday, December 5, 2010

Berehat Bersama Keluarga...


Aaaarrrggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!Letih juga badan bermain-main di air terjun... Walau air hanya separas betis, tapi sesekali beriadah bersama keluarga dirasakan sangat bahagia. Paling seronok bila sesi makan yang tak berhenti-henti. Dari mula kami pasang khemah sehinggalah saat berkemas mahu pulang.


Pada mulanya kami risau tidak cukup makanan, tetapi sekali berkumpul, masing-masing bawa bekalan. Bahagianya!!!Banyak makanan... Pecah diet aku!!!

Kalau nak cakap pasal meriah, memang diakui meriah lah sebab ada anak Abang Naz yang sangat kecoh dan aktif. Kalaulah tak ada budak-budak kecil tu, mesti kurang meriah. Air sungai yang sejuk tu buat aku dan yang lain berfikir 10x kali nak berendam. 10 minit pertama, air cuma kena paras betis. Masing-masing mengumpul kekuatan untuk cuba duduk dalam air. 10 minit selepas membasahkan diri sehingga paras pinggang, masing-masing bangun dan mencari makanan. 5 minit selepas makan, semua berkira-kira mahu sambung berendam atau celup-celup kaki saja. Tatkala matahari memancarkan cahaya tengah hari tepat di kepala, semua berkeputusan untuk sambung berendam. Kurang dari 10 minit, seorang-seorang naik untuk sambung makan. Hahaha... begitulah kami sehingga tangki di perut penuh. Sungguhpun begitu, makanan tak habis-habis.

Terima kasih yang tak terhingga di ucapkan buat Baie a.k.a Abang Jagong, Aieda a.k.a Kakak Jagong, 2 Debab (adik-adik tersayang) dan Abang Naz bersama anak-anaknya menjayakan plan riadah hujung minggu yang aku buat at very last minute. Oh, Tak lupa juga Aril yang telah dijemput Baie at very last minute walaupun datang sekejap saja. Thanks a million, you all!!!


Kepada kawan-kawan yang tak dapat nak turut serta menghabiskan hari hujung minggu bersama kami kali ini, lain kali kita buat lagi aktiviti ni ya? Siap BBQ lagi... Ok tak??? hihi..

Saturday, December 4, 2010

JAGONG FAMILY


Long time ago (not so long la but few years back), there's someone who told me that friends at work will be part of our family too. Now, I agree with the statement. Besides family at home, we also need family at work. Well, actually we need family everywhere and anywhere. The need of belonging... That is what I learn during my study.

Hmm... Working with the company which managed by the poor management will just give me headache. BAD HEADACHE!!! Thanks to my lovely and wonderful JAGONG FAMILY. They listen to me. They comfort me. They show me the light when I was trapped in the dark. In other words, they help me with the solution whenever I suffer from brain drain. Thanks a million JAGONG FAMILY!!!

I can't wait for tomorrow. Picnic with JAGONG FAMILY!!!! Sungai Pisang.. Here we come!!! Kakak Jagong will bring some bihun goreng... Abang Jagong will prepare drinks and me????hmmm.. No idea... Later to decide.. What should I bring, eh?

~~Budak Jagong

Sungai Pisang Berhantu???



Dalam kereta sewaktu pulang dari menjemput adik dari tempat kerjanya, aku bertanya adakah dia mahu mengikutiku berkelah di Sungai Pisang hujung minggu ini... dan soalan yang aku tanya dijawab dengan soalan yang berbunyi,"kau tak takut ke?aku dengar situ banyak hantu." Maka dengan berwajah selamba (nak tutup rasa cuak) aku tanya balik dari mana dia dapat cerita itu. Jawapan yang aku terima tidak begitu jelas. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam...

Friday, December 3, 2010

Berikan Aku Rasa

Tiada kata mampu ku ucap
Kiranya rasa senyap

Tiada tulisan mampu ku garap
Andai rasa malap



Berikan aku rasa
Agar dapat aku berkata-kata
Biar menari Sang Pena
Asal terlihat coretan tinta

Weekend - 5/12/2010



xsaba tunggu diz weekend..nk g jln2.. tp g mne ek?hmmm.. terbayang pasir yg memutih..juga hembusan bayu di pesisir pantai yang mendamaikan..



tp setelah berbincang dengan kuarge jagong, maka kami decide nk g waterfall jer.. kt gombak lak tu..tp spend time ngan kuarge jagong mmg best..lepak la mne pon..ahaha..



amcam??? saujana x mata memandang??? jom cuti!!