About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, February 10, 2011

Lunch with HR...

Hmmmm... Gila kepochi aku tengah hari tadi. Pergi makan dengan HR. Aku agak tak suka dengan HR Group. Bapak berlagak. Aku kisah apa kalau kau tua pun? Tak perlu berlagak bagus kot. Aku tahu kau banyak kerja sebab HR Department nak betulkan keadaan huru hara. The thing is kau dengar dulu apa aku nak cakap baru kau keluarkan idea BERNAS kau. Ni suka hati kau nak hentam cakap budak office teruk. Kau tak duduk dengan kami. Kau tak tahu apa kami rasa. Sudahnya nanti kau dengan HR lama tak ada beza.

HR company OK sikit. Senang buat kerja dengan dia. Tapi terus terang aku cakap, aku belum boleh nak percaya dengan orang baru. Muka memang nampak naif, kat belakang cuba tikam. Teguran "perempuan" baru pagi tadi buat aku tawar hati nak kerja. Aku tak tahu apa yang BOS cakap dan apa yang dia nampak. Tapi statement dia buat aku nak RESIGN hari ni juga. Boleh tak dia cakap "patutlah relax". Macam H.A.R.A.M. Standard kau budak barulah kena belajar macam-macam. Memang banyaklah kerja kau. Dulu aku 6 bulan pertama huru hara, tak ada yang tolong pun. Tapi sokongan moral memang banyak sangat dan itu yang buat aku mampu bertahan sampai hari ini. Sekarang aku kurang kerja berbanding dahulu tapi tak bermakna aku tak ada kerja. "Perempuan" tu dah buat silap sebab buat aku pandang senget pada dia. Sekali aku tak suka dia, sukar untuk aku terima dia dalam circle aku. Too bad... Sorry...

Terima kasih buat HR baru yang warn aku. Dia suruh aku sampaikan kepada yang lain supaya pandai-pandai jaga diri sebab ada "kaki report". Hai lah badan... Hai lah nyawa... Dugaan bertimpa-timpa. Hmmm... Kita buka perniagaan sendirilah ya kawan-kawan? nak cari rezeki halal pun susah...

17 comments:

HANNA said...

Bodoh punya HR baru..weyh...siap ko klu joyah datang sana eso!!ko tunggu..berni ko tindas kwn aku ye..saboo!!!

zaZa_Luv said...

huuuu...
ko patot tenangkan aku la dey...
ni ko bg aku lg rasa turut nk blasah itu worang... adoyai...
dia tu tatau pape smenanye... dia xdok dlm kte nyer situation...
caranya, biar dia rasa apa kita rasa...

automalaya said...

Aku tertarik dengan statement "Muka memang nampak naif, kat belakang cuba tikam.."

Alahai "perempuan" ni, sabar yer Tuan Rumah..

Tang "kaki report" tu, kat mana2 pon ada.. Cuma cepat dengan lambat jer dia report..(ape ntah aku mrepek nih)

Nak keja sendiri?? Jual karipap?? Berminat?? Ngeh3x

zaZa_Luv said...

skang ni tak yah la beria nk buat baik dgn sume org. buat baik berpada-pada. kte buat baik pon bukan org hargai. ibarat melepas anjing tersepit. wah, bila aku mula berpujangga!!! hehe..

sdg bersabar la ni... aku baru igt leh kje dgn bahagia sbb sume pon kwn2 tp...

aku minat gak nk jual karipap tp wat masa ni aku xsempat nk buat proposal. ayah aku da suruh dah. dia ckp buat commercial terus. klu da xbley tahan aku memang jual karipap secara besar-besaran lepas ni... ko WAJIB jd customer aku!
hikhikhik...

automalaya said...

Wah, bunyi macam marah jer ngan bebudak tuh.. Rileks2, if someone hurts you, be strong enough to smile and walk away with your head up.. :D

Erk, nanti nak advertise karipap tu, aku sudi tolongkan.. Ngeh3x
Aku harap2 sangat karipap ko tu sedap.. Keh3x

zaZa_Luv said...

wah... nk tolong iklan??? bagos2...
haruslah sedap.. aku yang buat... resepi turun temurun kot...

automalaya said...

Hehehehe.. Tapi kan, sebelum iklan tu kena bagi FREE TASTE kat aku dulu yer.. Not FREE SMELL (macam Famous Amous pulak) Hehehehe..

Satu lagi, bukan HARUS sedap tapi WAJIB sedap!!! Ngeh3x

zaZa_Luv said...

CONFIRM SEDAP!!!
Boleh je nk rasa...
tp skang aku nak jumpe ko pon macam2 hal...

automalaya said...

Okeh!! Cepat2 buat yer.. Dah lama tak makan karipap.. Huhu

Tapi kena keja kat opis tu dulu, selagi boleh bertahan, bertahan jer dulu..

Ehh jap2, ko nak jumpa aku? Macam2 hal? Biasalah, ko kan orang kenamaan dan mestilah busy.. Ngeh3x

zaZa_Luv said...

sengal..
kje jual karipap leh wat part time la...

aku kan patotnye g amik cte katon kat ko.. lupe?
ke ko da buang cte tu?

automalaya said...

Owh, ok2.. Part time pon part time lah.. Janji aku dapat merasa karipap tuh.. Ngeh3x

Katon tu masih ada dalam ni.. Bila nak tuntut???? Dah bertahun dah.. Huhuhu

zaZa_Luv said...

huuu..ko dtg opis la.snang..aku abes kje kul 5.30.leh lepak mnum2.

automalaya said...

Haishhh, aku mana kenal opis ko..
Takpelah, nanti ko free ko bagi tau ek.. Sorry..

Btw, aku sibuk dari kul 6.30pm - 8.00pm..

Tengok lah nanti macam mana.. Kalo free, aku gi lepak kedai "tu diaa, dia duk mai".. Ngeeeeeeeee :D

zaZa_Luv said...

ktne tu?

automalaya said...

Entah..

Kat Kelana Jaya lah..

Nak cakap pon tak reti.. Dekat ngan bulatan tasik..

Camner ek nak gitau, entahlah.. Ko kenal kot tempat tu..

zaZa_Luv said...

aku tau.. tmpat aku slalu lunch..
haha...

automalaya said...

Oooo.. Ok la tu..