WALAWEI!!!! 10 orang baru join kami hari ni!!!
Meriahnya bilangan angka. Setakat angkalah... Keadaan pejabat masih sunyi seperti biasa. Yang perempuan dok buat puak. Tak campur orang. Budak laki dok la sakat apa pun, dingin je mereka. Eh, aku ni kategori perempuan juga tapi semua pun layan. Bukan nak kata miang, tapi kalau dah duduk satu pejabat, tak kan tak tegur sapa pula, kan? Bila orang ajak minum ke, borak ke, join lah. Setakat nak borak-borak saja. Bukan buat apa pun. Sombong lah!!!
Bosan betul!!! Tak ada geng joyah... Chup!!! Geng Joyah tu bukan geng mengumpat sangat. Geng untuk luah perasaan. Mana tak puas hati, kami usulkan. Biasanya, ahli geng akan beri pandangan bernas untuk masalah-masalah yang diusulkan. Penasihat geng terulung, tak lain tak bukan mestilah Mommy. Yang lain-lain ni ala-ala helper saja. Selain itu, Geng Joyah biasanya sibuk memikirkan tempat makan untuk tengah hari. hehehe... Rindu Mommy & Che Da... (Geng Joyah) Kekanda Adinda kat pejabat ni rajin pergi site visit.. alahai... Boleh mati bosan aku kat pejabat tak ada orang layan borak... Terpinggir jauh pula tu. Si perempuan-perempuan baru ni bukan main berat mulut.
Minta Allah sabarkan aku sampai Mommy habis cuti bersalin. Aku tak ada idea langsung on how to make friends dengan "perempuan". Asyik-asyik mengekor budak lelaki pergi makan. Layan asap rokok mereka tu dah kira pakej. Aish... SENGSARA!!! Nak buat macam mana, mereka sajalah tempat aku menumpang kasih... ~sob.. Walaupun habis baju berbau rokok kalau duduk melepak, yang penting dapat mengurangkan tekanan tak boleh bercakap kat pejabat. (Macam kat perpustakaan pula)
No comments:
Post a Comment