Dengan rasa tidak tenang aku cuba tidur. Tergolek sana. Tergolek sini. Penat terlentang, aku menyarap.
Aku memang dah agak bos aku mesti taichi kerja kat aku. Sebenarnya, tuan director suruh dia buat. Dengan seronoknya dia ke Penang tinggalkan kerja melambak kat aku. Paling best, suruh aku pergi beli tender document kat melaka. Lepas tu suruh attend tender briefing kat Taman Desa. Gila??? Memang tak sempat buat. Aku minta kawan lain pergi beli tender document kat Melaka. Yang menariknya, beliau tak beli sebab kakak kat kaunter cakap apa entah. Hadoi... Aku terpaksa pergi tender briefing ditemani COO sebab budak teknikal tak ada seorang pun kat pejabat. COO jadi driver???
Memang lapar tahap dewa. Aku tak makan tengah hari kot... COO pon sama. Habis tender briefing, kami lajak makan kat tasik. Akhirnya, perut berhenti berbunyi... Sedap pula mihun goreng di situ. Hehe...
Belum pun sampai pejabat, telefon tak henti-henti berbunyi. Sebenarnya telefon mula berbunyi sedari aku tiba di lokasi tender briefing. Ramai betul yang cari aku!!! Tension betul. Bila aku ada kat pejabat, tak pula sibuk nak tanya itu ini. Fuhhh!!! Penat gila. Sampai nak cakap pun tak larat.
Esok Maulud Nabi. Aku kena kerja. Presentation slides yang poyo nak superb tu terpaksa aku siapkan sebelum tengah hari untuk di review oleh para bos... Aish...
Mama dah buat muka. Dia nak ajak berjalan, tapi aku tak ada kat rumah. Sorry lah mama. Susah kerja cari duit ni. ~sob...
Mahu tidur awal. Esok mesti sampai pejabat sebelum jam 10 pagi. Nitez u ollz!!!
No comments:
Post a Comment