Kisah bermula...
Bermula dengan lahirnya seorang bayi sihat, putih, gebu dan sihat. Suara tangisan ibarat petir sungguh mengganggu isi alam. Akulah bayi itu. Hikhikhik...
Membesar di apartment milik kerajaan (kuarters tentera laut), aku dididik supaya menjadi seorang yang bersih dan mengikut peraturan. Bersosial dikalangan mereka yang berdisiplin dan yang paling penting BERSIH buat aku menjadi seorang yang well organized. Aku suka siapa aku ketika ini...
Ayah bersara dari tentera pada usia aku 13 tahun. Kami tinggal menyewa di pekan kecil di ibu kota (taman perumahan sebenarnya). Pada mulanya rasa agak tak selesa. Tempat yang kurang bersih. Tak macam sewaktu kami tinggal di kuarters tentera. Tapi syukurlah dengan rezeki Allah, kami bahagia. Biasalah kalau gaduh-gaduh sikit kat rumah, kan? hehe...
Habis SPM, aku dan keluarga pindah ke Subang. Tinggallah kami sekeluarga sehingga kini di subang yang tak berapa indah dan permai. Huru hara sikit keluarga kami. Aku tak tahan betul dengan pemikiran orang kat sini. Mula-mula aku memang tak percaya langsung dengan pemikiran kelas ketiga. Maklumlah, Malaysia kini maju. Aku ingat rakyat pun sama majulah. Haih... Mundur 10 tahun. Chuppp!!! Ini subang area rumah aku je. Bukan seluruh subang tau. Sedih. Pemikiran mereka tak boleh diubah. Dasar semua nak percuma tapi anti kerajaan. Menyumbang untuk komuniti memang tak nak. Cuma akan beri kerjasama bila ada kepentingan. Itu pun kerjasama separuh hati. Inilah kisah masyarakat di kawasan perumahan aku.
Kembali ke tajuk asal. Mengenai HIDUP aku. Aku hidup berpindah randah. Sebab ayah anggota tentera yang sememangnya kena kerja merata tempat. Oleh yang demikian, aku berkesempatan melihat dunia dengan skop yang lebih luas. Bermacam ragam dan kerenah orang aku jumpa. Ada yang baik, harus ada yang kurang baik. Biasalah, hidup kita ni ibarat roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Hidup ini juga yang mengajar aku untuk jadi lebih matang.
Aku tak tahu kenapa tapi aku suka pilih topik kawan/sahabat. Dengan sahabatlah aku belajar hidup. Sahabatku bukan hanya terdiri dari golongan yang ada-ada/high class, ada juga yang dari golongan biasa dan susah. Ada yang semulia-mulia akhlak sehinggalah yang kurang berakhlak. Nasihat aku, kalau nak bersahabat bukan setakat harus memilih tapi perlu ada jati diri. Kita perlu tahu kenapa kita bersahabat.
Ambil kisahku sebagai contoh. Credit to dear cousin yang bawa aku lihat dunia sebenar. Aku ikut cousin melepak di usia 16 tahun. Ketika itu beliau berusia 18 tahun. Untuk maklumat korang, dia seorang perempuan. Jangan salah faham, aku ikut dia melepak kadang-kadang je. Itu pun di hujung minggu. Apa yang aku belajar, hidup kita terbahagi kepada dua. Hitam dan putih. Dia bawa aku kenal dunia hitam. Jangan salah anggap, kami melepak bukan buat benda jahat. Kami belajar hidup. Kami selami ideologi mereka sekadar memahami apa yang mereka mahu dari hidup. Apa rasionalnya tindakan mereka. Dari situ aku kaji. Aku ambil mana yang baik. Aku elak dari lakukan yang buruk. Pada aku, semangat setiakawan mereka tinggi. Mereka sanggup bersusah senang bersama. Kalau diselidik betul-betul, bukan semua mereka anak jalanan yang terbiar dan tidak berpelajaran. Ada yang punya sijil yang bagus tapi memilih untuk hidup sebegini. Ramai juga yang datang dari keluarga yang senang. Setiap kali golongan yang lebih dewasa mengutuk dan menghentam mereka, aku rasa kurang senang. Bermacam tuduhan dilempar tanpa mengambiil kira sebab kenapa remaja bertindak sedemikian. Fakta hampeh pasal aku, aku seorang yang tak pentingkan kecantikan. Tangkap muat suda... Itu merupakan sesuatu yang buruk dan tak elok dicontohi. Dalam banyak-banyak benda, yang ni paling susah aku nak buang lepas terjebak dengan zaman kurang terang aku.
Usia meningkat seiring masa yang berlalu. Bodohlah aku kalau aku masih terbawa-bawa pemikiran dulu. Bergaul dengan insan intelek dan berpengalaman buat fikiran lebih terbuka. Aku tak kata aku sempurna. Terlalu banyak kelemahan yang belum aku perbaiki. Di kala usia semakin meningkat dan terus meningkat, aku masih lagi tercari-cari. Cuba pelbagai resepi untuk perbetuli diri. Alhamdulillah, walaupun aku taklah berjaya mana but at least aku tak susahkan mak ayah. Bil pun aku bayar sendiri.
Rajin sungguh korang baca essay huru-hara aku kan??? Bukan apa, saja nak share. Kepochi kan aku??? Pengalaman sikit, poyo lebih. Moral of the story sebenarnya banyak sangat perkara yang tak terduga dalam hidup ini. Yang kita pandang mulia sebenarnya tak semulia yang kita sangka. Yang kita jijik dan pandang rendah sebenarnya boleh jadi yang paling baik antara semua. Buka mata. Buka minda. Lihat dunia seluasnya. Setiap tindakan yang dilakukan biasanya mesti punya sebab dan alasan tertentu. Lihat dan kaji.
Cukuplah setakat ini bebelan aku. Terima kasih sebab sudi baca. Sayang korang!!!
No comments:
Post a Comment