About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Monday, February 28, 2011

Kisahnya buat aku JELOUS!!!

Aku sedang tengok cerita AWAN DANIA (S3) pasal Dania dan Aqmal di PERTH. Best betul view dia.

Okay, kenapa aku jelous dengan Dania dalam cerita ini? Sebab aku rasa hidup Dania ni best. Memanglah macam-macam perkara jadi kat dia tapi semua tu bukan perkara besar sangat pun. Semua orang ada up and down dalam hidup. Tapi aku tengok Dania ni best je. Kalau nak diikutkan life aku pun tak kurang cerianya. Dikeliling adik beradik sengal dan kawan-kawan yang macam-macam ragam. Banyak menyimpang pulak. Berbalik kepada soalan kenapa aku jelous... Walaupun life aku macam best, tapi tak sebest Dania dalam cerita Awan Dania. Diminati 2 jejaka kaya yang baik dan good looking. Terbaiklah!!! Jelous mak, nok!!!

Sunday, February 27, 2011

Supprise Birthday Party - Nur Orissa

Hari ni aku sepatutnya buat party terkejut untuk Cik Nur Orissa @ Budd. Tapi terlambat... Walau bagaimanapun, dia masih terkejut dengan kehadiran aku dan Cik Yodd.

Happy Birthday Budd!!!

Saturday, February 26, 2011

Hadiah Birthday buat Jag0ng...



sowi... patutnye die play repeatedly. tp file tu xleh nk upload kt Youtube/Facebook and of course kat sini pon tak boleh. maka, aku terpaksa convert to flv, upload to youtube dan publish kt sini... amik masa 1 jam dari jam 1 pg sampai 2 pg. dengan tangan yang tak baik-baik lagi dari kecederaan yang lepas, gigih aku buat ni. mahap ler kalo x best... ni je yg mampu aku buat memandangkan masa dan kudrat yg limited. Enjoy!

Friday, February 25, 2011

FaceBlog

Uollz!!! Aku join site nih!!!




Macam best jer... Jomlah join... buleh tolong iklan blog yg xberapa ramai pengunjung cam blog aku nih... ngeeeeeee... i loike!!!

Thursday, February 24, 2011

Rasionalkan Mindaku...

Kembali kepada pelan asal. Aku dah terlalu asyik dengan kesenangan sementara sehingga alpa. Aku jadi lupa dengan pelan hidup...

Aku seharusnya:

1. punya kereta sendiri di usia 23 tahun. checked

2. mendapatkan sijil MASTER sebelum berkahwin. pending.Kalau nak berkahwin di umur 27, maksudnya tahun ni kena settlekan master. Sempat ke????

3. berkahwin pada usia 27 tahun. pending. boipren pon tadak. camna nak kawen weh!!! errr... bergantung pada item 2.

4. mempunyai rumah sendiri di usia 30 tahun. Tapi aku dah amend. Kena ada rumah sendiri sebelum berkahwin. Macam susah nak capai pula bila tengok baki di dalam akaun bank yang cuma cukup-cukup untuk sambung master.

5. mempunyai perniagaan sendiri yang sudah established di usia 35 tahun. Kena start cepat nih!!!

Ada dua perkara yang aku kena settle cepat. Kawan-kawan, tolonglah aku!!! Aku runsing ni. Tak tahu kos apa nak ambil... (business admin ke education???) Tak tahu kat mana nak further (yang boleh buat PJJ dan boleh complete dalam masa yang cepat. Kalau boleh tak nak jawab exam. Aci tak?)


Oh, Aku perlu jadi lebih rasional!!! Bahasa pun dah tak betul ni...

Tolonglah daku... ~~sob...

Hidup ini... (Hidup aku)

Kisah hidup ini adalah kisah aku. Tak berapa nak ada kena mengena dengan korang semua. Kalau macam sama dengan kisah yang korang pernah dengar, itu mungkin suatu kebetulan.

Kisah bermula...

Bermula dengan lahirnya seorang bayi sihat, putih, gebu dan sihat. Suara tangisan ibarat petir sungguh mengganggu isi alam. Akulah bayi itu. Hikhikhik...

Membesar di apartment milik kerajaan (kuarters tentera laut), aku dididik supaya menjadi seorang yang bersih dan mengikut peraturan. Bersosial dikalangan mereka yang berdisiplin dan yang paling penting BERSIH buat aku menjadi seorang yang well organized. Aku suka siapa aku ketika ini...

Ayah bersara dari tentera pada usia aku 13 tahun. Kami tinggal menyewa di pekan kecil di ibu kota (taman perumahan sebenarnya). Pada mulanya rasa agak tak selesa. Tempat yang kurang bersih. Tak macam sewaktu kami tinggal di kuarters tentera. Tapi syukurlah dengan rezeki Allah, kami bahagia. Biasalah kalau gaduh-gaduh sikit kat rumah, kan? hehe...

Habis SPM, aku dan keluarga pindah ke Subang. Tinggallah kami sekeluarga sehingga kini di subang yang tak berapa indah dan permai. Huru hara sikit keluarga kami. Aku tak tahan betul dengan pemikiran orang kat sini. Mula-mula aku memang tak percaya langsung dengan pemikiran kelas ketiga. Maklumlah, Malaysia kini maju. Aku ingat rakyat pun sama majulah. Haih... Mundur 10 tahun. Chuppp!!! Ini subang area rumah aku je. Bukan seluruh subang tau. Sedih. Pemikiran mereka tak boleh diubah. Dasar semua nak percuma tapi anti kerajaan. Menyumbang untuk komuniti memang tak nak. Cuma akan beri kerjasama bila ada kepentingan. Itu pun kerjasama separuh hati. Inilah kisah masyarakat di kawasan perumahan aku.

Kembali ke tajuk asal. Mengenai HIDUP aku. Aku hidup berpindah randah. Sebab ayah anggota tentera yang sememangnya kena kerja merata tempat. Oleh yang demikian, aku berkesempatan melihat dunia dengan skop yang lebih luas. Bermacam ragam dan kerenah orang aku jumpa. Ada yang baik, harus ada yang kurang baik. Biasalah, hidup kita ni ibarat roda. Sekejap di atas, sekejap di bawah. Hidup ini juga yang mengajar aku untuk jadi lebih matang.

Aku tak tahu kenapa tapi aku suka pilih topik kawan/sahabat. Dengan sahabatlah aku belajar hidup. Sahabatku bukan hanya terdiri dari golongan yang ada-ada/high class, ada juga yang dari golongan biasa dan susah. Ada yang semulia-mulia akhlak sehinggalah yang kurang berakhlak. Nasihat aku, kalau nak bersahabat bukan setakat harus memilih tapi perlu ada jati diri. Kita perlu tahu kenapa kita bersahabat.

Ambil kisahku sebagai contoh. Credit to dear cousin yang bawa aku lihat dunia sebenar. Aku ikut cousin melepak di usia 16 tahun. Ketika itu beliau berusia 18 tahun. Untuk maklumat korang, dia seorang perempuan. Jangan salah faham, aku ikut dia melepak kadang-kadang je. Itu pun di hujung minggu. Apa yang aku belajar, hidup kita terbahagi kepada dua. Hitam dan putih. Dia bawa aku kenal dunia hitam. Jangan salah anggap, kami melepak bukan buat benda jahat. Kami belajar hidup. Kami selami ideologi mereka sekadar memahami apa yang mereka mahu dari hidup. Apa rasionalnya tindakan mereka. Dari situ aku kaji. Aku ambil mana yang baik. Aku elak dari lakukan yang buruk. Pada aku, semangat setiakawan mereka tinggi. Mereka sanggup bersusah senang bersama. Kalau diselidik betul-betul, bukan semua mereka anak jalanan yang terbiar dan tidak berpelajaran. Ada yang punya sijil yang bagus tapi memilih untuk hidup sebegini. Ramai juga yang datang dari keluarga yang senang. Setiap kali golongan yang lebih dewasa mengutuk dan menghentam mereka, aku rasa kurang senang. Bermacam tuduhan dilempar tanpa mengambiil kira sebab kenapa remaja bertindak sedemikian. Fakta hampeh pasal aku, aku seorang yang tak pentingkan kecantikan. Tangkap muat suda... Itu merupakan sesuatu yang buruk dan tak elok dicontohi. Dalam banyak-banyak benda, yang ni paling susah aku nak buang lepas terjebak dengan zaman kurang terang aku.

Usia meningkat seiring masa yang berlalu. Bodohlah aku kalau aku masih terbawa-bawa pemikiran dulu. Bergaul dengan insan intelek dan berpengalaman buat fikiran lebih terbuka. Aku tak kata aku sempurna. Terlalu banyak kelemahan yang belum aku perbaiki. Di kala usia semakin meningkat dan terus meningkat, aku masih lagi tercari-cari. Cuba pelbagai resepi untuk perbetuli diri. Alhamdulillah, walaupun aku taklah berjaya mana but at least aku tak susahkan mak ayah. Bil pun aku bayar sendiri.

Rajin sungguh korang baca essay huru-hara aku kan??? Bukan apa, saja nak share. Kepochi kan aku??? Pengalaman sikit, poyo lebih. Moral of the story sebenarnya banyak sangat perkara yang tak terduga dalam hidup ini. Yang kita pandang mulia sebenarnya tak semulia yang kita sangka. Yang kita jijik dan pandang rendah sebenarnya boleh jadi yang paling baik antara semua. Buka mata. Buka minda. Lihat dunia seluasnya. Setiap tindakan yang dilakukan biasanya mesti punya sebab dan alasan tertentu. Lihat dan kaji.

Cukuplah setakat ini bebelan aku. Terima kasih sebab sudi baca. Sayang korang!!!

Wednesday, February 23, 2011

Apa nak jadi??? Nak jadi lebih baik dari semalam...

Apalah nak jadi dgn aku ni? Asyik nak komplen je. Ada saja yang tak puas hati. Macam diri bagus sangat. Nak kena berubah ni. Sepatutnya,tahun ni aku jadi lebih baik dari tahun yang lepas-lepas...

Semoga hari esok memberi sinar baru buat aku..

Monday, February 21, 2011

Aku

Jam sudah menunjukkan pukul 1. Aku sepatutnya sudah tidur diulit mimpi indah. Kenapa tak tidur? Sebab jiwaku kacau. Aku seakan tertipu. Tertipu dengan lagaknya. Tertipu dengan kata-katanya. Sedang aku cuma sekadar menambah seri harinya. TERIMA KASIH!

Mungkin aku terlalu terbawa-bawa dengan EMOSI. Mungkin juga kerana tekanan kerja. Tapi bila aku singgah melihat-lihat tempatnya aku jadi seakan marah. Marah melihat layanan mesra antara dia dan temannya. Kenapa? Aku dan dia bukannya siapa-siapa!!! Haih... Tidurlah...

Wednesday, February 16, 2011

MELAKA... (kerja...)

Sepatutnya aku sudah bergerak ke Melaka sekarang. Tapi atas sebab teknikal terpaksa tangguh. Kena pergi servis kereta. Adeh...

Kenapalah kena pergi jauh semata-mata untuk beli tender? Tak mesra rakyat! Tak Go Green!!! Kan senang kalau semua benda online. Tak payah terkejar-kejar. Sudahlah submission date dekat. Cis!!!

Ada hikmahnya... Sebab aku tak payah stay kat pejabat, jadi kambing hitam. Hari ni ada presentation. Kalau aku stay, most probably aku kena point finger. Baik aku keluar. Memang aku yang prepare slides, tapi nak explain pasal technical things bukan kepakaran aku... Hihihi...

Monday, February 14, 2011

14/2/2011: Isnin Paling Mencabar

Hari yang sungguh dahsyat. Bermula sedari jam 11 malam pada 13 Feb, dan akan bersambung sehingga 15 Feb. Nak dijadikan cerita. Setelah puas merasai nikmat berhujung minggu, aku pun buka emel tepat jam 11 malam. Dengan muka yang berwarna warni aku menjerit macam orang gila. Bos emel aku 12 Feb tapi tak SMS/call aku pun. Task due on 14/2/2011 iaitu HARI INI!!! Bongok macam babun punye manusia. Dia ingat aku bercuti kat rumah mengadap komputer 24 jam? Kalau aku mengadap sekalipun, dia ingat, company bayar gaji aku kerja hujung minggu? CET!!!

Dengan rasa tidak tenang aku cuba tidur. Tergolek sana. Tergolek sini. Penat terlentang, aku menyarap. Siap menonggeng. Sudahnya, aku tak boleh tidur sampai jam 2 pagi sebab memikirkan kerja yang tak siap. Tak kan aku nak suruh kawan berjaga semata-mata nak siapkan kerja aku? Oh, aku di suruh tuan director untuk minta kawanku ini siapkan task yang diberi. Setelah membuat panggilan demi untuk meluah rasa tak puas hati dan gabra, aku mengambil keputusan untuk datang awal ke pejabat. Yeah!!! Dengan mata lebam macam panda, aku masuk ke pejabat. Diketawakan oleh pak guard dan rakan sekerja yang lain. Siot!!! Maka, bermulalah kisah aku yang macam orang gila.

Aku memang dah agak bos aku mesti taichi kerja kat aku. Sebenarnya, tuan director suruh dia buat. Dengan seronoknya dia ke Penang tinggalkan kerja melambak kat aku. Paling best, suruh aku pergi beli tender document kat melaka. Lepas tu suruh attend tender briefing kat Taman Desa. Gila??? Memang tak sempat buat. Aku minta kawan lain pergi beli tender document kat Melaka. Yang menariknya, beliau tak beli sebab kakak kat kaunter cakap apa entah. Hadoi... Aku terpaksa pergi tender briefing ditemani COO sebab budak teknikal tak ada seorang pun kat pejabat. COO jadi driver??? Klazz mak, nok!!! Sampai kat tempat tender briefing, aku sempat jejak kasih pula dengan classmate masa ambil diploma dulu. Hehehe...

Memang lapar tahap dewa. Aku tak makan tengah hari kot... COO pon sama. Habis tender briefing, kami lajak makan kat tasik. Akhirnya, perut berhenti berbunyi... Sedap pula mihun goreng di situ. Hehe...

Belum pun sampai pejabat, telefon tak henti-henti berbunyi. Sebenarnya telefon mula berbunyi sedari aku tiba di lokasi tender briefing. Ramai betul yang cari aku!!! Tension betul. Bila aku ada kat pejabat, tak pula sibuk nak tanya itu ini. Fuhhh!!! Penat gila. Sampai nak cakap pun tak larat.

Esok Maulud Nabi. Aku kena kerja. Presentation slides yang poyo nak superb tu terpaksa aku siapkan sebelum tengah hari untuk di review oleh para bos... Aish...

Mama dah buat muka. Dia nak ajak berjalan, tapi aku tak ada kat rumah. Sorry lah mama. Susah kerja cari duit ni. ~sob...

Mahu tidur awal. Esok mesti sampai pejabat sebelum jam 10 pagi. Nitez u ollz!!!

Sunday, February 13, 2011

13/2/2011 - Emosi Kembali Stabil

Hi all!!!

Aku dah OK...

Lama betul tidur. Ingat dah tak bangun terus. Syukur aku diberi peluang untuk hidup lagi.

Yeah. Emosi semakin ok tapi my health condition masih belum ok. Hopefully esok aku boleh bekerja secara rasional. Janganlah ada yang spoilkan mood aku. Aku belum stabil sangat nih. Aish!!!

Saturday, February 12, 2011

12/2/2011 - Emosi Terganggu

Hari ni, emosi aku terganggu sejak dari mula aku celik mata (bangun tidur). Walaupun begitu, aku masih buat macam tak ada apa yang berlaku. Aku rasa penyakit aku sudah menyerang balik. Pada kebiasaannya, setiap kali penyakit menyerang, aku mesti dalam keadaan separa rasional. Minta maaf semua sebab tak pasal-pasal kena tengking dengan aku. Minta maaf juga sebab dengan secara tidak langsung buat korang rasa bersalah dan hilangkan mood korang. SORRY.

Aku rasa lama juga aku maintain rasional hari ni sehinggalah jam lapan malam tadi. Aku mencarut. Ayah aku tegur. Dia tanya sapa ajar aku mencarut. Dengan selamba aku jawab, "Ayah". Diam. Aku dah sakit sangat. Mata aku bukan main silau. Kalau bukan sebab ayah yang tak nak drive, aku dah tidur kat belakang. Aku gagahkan juga drive malam-malam walaupun aku memang dinasihat untuk TIDAK MEMANDU KETIKA HUJAN DAN PADA WAKTU MALAM. Nak buat macam mana, orang sekeliling aku tak pernah tahu apa aku rasa sehinggalah aku terlantar, kan? Silap, sehingga aku kena timbus tanah. Bukan nak exaggerate... Biasanya yang betul memang selalu dinafikan. Wuteva...

Bukan main lajulah aku bawa kereta macam kena kejar hantu. Semata-mata nak sampai cepat sebab dah janji dengan kawan nak jumpa. Hasilnya, HARAM. At the very last minutes, he call and cancel. DAMN!!! Driving like HELL and maki every car yang kacau jalan and CANCEL the meeting. Terima kasih ye kawan sebab bagi aku buat semua ni. Kalau tak, tak dapat aku dosa maki ORANG.

Dikesempatan ini(dengan mata sebelah je yang boleh guna), aku nak minta maaf sepanjang aku tak rasional. Penyakit aku datang tak kira masa. Sekarang macam dah agak worst sebab sebelum ni cuma attack kepala dan sekarang dada aku pula mula rasa sesak. Maaf ye semua. Aku tahu aku jadi sangat buruk bila tak rasional. Aku pun benci bila semua ni jadi tapi its beyond my control. Ubat dia cuma tidur. Bila tidur, aku tak rasa apa-apa, aku tak marah-marah, dosa mencarut pun tak ada. In case kalau aku tidur ni tak bangun terus, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Minta halal makan, minum, ilmu dan kasih sayang yang pernah korang kongsi dengan aku.

Maaf ye...? Luv u ollz...


***********
Thanks to Jagong for the concern. Sayang ko! But sorry ye sebab aku jawab call dalam keadaan separa rasional. Sok bila dah ok aku call ko balik.
***********
Maaf atas kesalahan ejaan, tanda baca dan tatabahasa. Kepada calon peperiksaan, JANGAN contohi gaya penulisan ini. Harap maklum.
***********
Tidur with baju kurung and make-up. Mid nite kang baru bangun mandi. Nites... (kalau bangun)
***********

Wassalam...

Thursday, February 10, 2011

Lunch with HR...

Hmmmm... Gila kepochi aku tengah hari tadi. Pergi makan dengan HR. Aku agak tak suka dengan HR Group. Bapak berlagak. Aku kisah apa kalau kau tua pun? Tak perlu berlagak bagus kot. Aku tahu kau banyak kerja sebab HR Department nak betulkan keadaan huru hara. The thing is kau dengar dulu apa aku nak cakap baru kau keluarkan idea BERNAS kau. Ni suka hati kau nak hentam cakap budak office teruk. Kau tak duduk dengan kami. Kau tak tahu apa kami rasa. Sudahnya nanti kau dengan HR lama tak ada beza.

HR company OK sikit. Senang buat kerja dengan dia. Tapi terus terang aku cakap, aku belum boleh nak percaya dengan orang baru. Muka memang nampak naif, kat belakang cuba tikam. Teguran "perempuan" baru pagi tadi buat aku tawar hati nak kerja. Aku tak tahu apa yang BOS cakap dan apa yang dia nampak. Tapi statement dia buat aku nak RESIGN hari ni juga. Boleh tak dia cakap "patutlah relax". Macam H.A.R.A.M. Standard kau budak barulah kena belajar macam-macam. Memang banyaklah kerja kau. Dulu aku 6 bulan pertama huru hara, tak ada yang tolong pun. Tapi sokongan moral memang banyak sangat dan itu yang buat aku mampu bertahan sampai hari ini. Sekarang aku kurang kerja berbanding dahulu tapi tak bermakna aku tak ada kerja. "Perempuan" tu dah buat silap sebab buat aku pandang senget pada dia. Sekali aku tak suka dia, sukar untuk aku terima dia dalam circle aku. Too bad... Sorry...

Terima kasih buat HR baru yang warn aku. Dia suruh aku sampaikan kepada yang lain supaya pandai-pandai jaga diri sebab ada "kaki report". Hai lah badan... Hai lah nyawa... Dugaan bertimpa-timpa. Hmmm... Kita buka perniagaan sendirilah ya kawan-kawan? nak cari rezeki halal pun susah...

Wednesday, February 9, 2011

HUJUNG MINGGU YANG SIBUK PUN BERMULA...

Hujung minggu yang sibuk bakal bermula. Minggu ni ada jemputan anak Dato' mana ntah yang kami sekeluarga kena pergi. Kenalan mama la kot. Lepas tu, kenduri Aqiqah cousin baru... Cousin paling muda dalam keluarga buat masa ini. Belum setahun pun lagi umurnya. Diikuti oleh majlis persandingan classmate masa sekolah, dan dua orang cousin. Setakat ni masih ada lagi weekend untuk berehat di rumah. Ini baru jadual setakat bulan Tiga sahaja. Hmmm...


Nak kena selit juga masa melepak bersama teman lain. Masa untuk menjoyah mesti kena spare. Kalau tak, cramp otak aku. Hahaha... Makanya, aktiviti seperti mengempiskan perut dan memantapkan otot perlu dilakukan semasa hari bekerja.


Aiseh, bulan tiga kena pergi MATTA FAIR!!! Aci tak kalau suruh Cik Orissa dan Cik Soraya je yang pergi untuk fair tahun ni. Tahun ni, aku amik cuti.. hehe... Tapi mestilah hati meronta-ronta nak tengok best deal. Ala... Takpelah. Aku serahkan tugas ni pada Cik Orissa yang bijaksana. Hajat hati nak lepak pulau... Duit tak simpan lagi. Sewel la aku nih.


Ok, berhenti merepek. Aku kena semak jadual tahunan pula. Trip cuti-cuti family pun aku belum plan. Trip lepak dengan schoolmate pun sama. Paling sempoi, trip dengan keluarga jag0ng. Rasanyalah kan, kalau aku combine semua jadi satu trip, aci tak??? Boleh bagi nama "Trip Bersama Tersayang". Sempena trip aku bersama orang-orang kesayangan aku dan orang kesayangan mereka... Best tak nama tu??? Semua orang dialu-alukan untuk join dengan syarat mesti bawa orang yang ada connection dengan aku SAHAJA. Hehehe...

Tuesday, February 1, 2011

Staff Baru Lagi..

WALAWEI!!!! 10 orang baru join kami hari ni!!!

Meriahnya bilangan angka. Setakat angkalah... Keadaan pejabat masih sunyi seperti biasa. Yang perempuan dok buat puak. Tak campur orang. Budak laki dok la sakat apa pun, dingin je mereka. Eh, aku ni kategori perempuan juga tapi semua pun layan. Bukan nak kata miang, tapi kalau dah duduk satu pejabat, tak kan tak tegur sapa pula, kan? Bila orang ajak minum ke, borak ke, join lah. Setakat nak borak-borak saja. Bukan buat apa pun. Sombong lah!!!

Bosan betul!!! Tak ada geng joyah... Chup!!! Geng Joyah tu bukan geng mengumpat sangat. Geng untuk luah perasaan. Mana tak puas hati, kami usulkan. Biasanya, ahli geng akan beri pandangan bernas untuk masalah-masalah yang diusulkan. Penasihat geng terulung, tak lain tak bukan mestilah Mommy. Yang lain-lain ni ala-ala helper saja. Selain itu, Geng Joyah biasanya sibuk memikirkan tempat makan untuk tengah hari. hehehe... Rindu Mommy & Che Da... (Geng Joyah) Kekanda Adinda kat pejabat ni rajin pergi site visit.. alahai... Boleh mati bosan aku kat pejabat tak ada orang layan borak... Terpinggir jauh pula tu. Si perempuan-perempuan baru ni bukan main berat mulut.

Minta Allah sabarkan aku sampai Mommy habis cuti bersalin. Aku tak ada idea langsung on how to make friends dengan "perempuan". Asyik-asyik mengekor budak lelaki pergi makan. Layan asap rokok mereka tu dah kira pakej. Aish... SENGSARA!!! Nak buat macam mana, mereka sajalah tempat aku menumpang kasih... ~sob.. Walaupun habis baju berbau rokok kalau duduk melepak, yang penting dapat mengurangkan tekanan tak boleh bercakap kat pejabat. (Macam kat perpustakaan pula)