Lama sudah kiranya aku tidak mencoret apa-apa di sini..Aku baru pulang dari Team Building di Dusun Eco Resort anjuran Ops Dept. Hmmm... Komen mengenai aktiviti di situ??? Secara keseluruhannya, memuaskan. Sudah lama tidak "terjebak" dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti "Flying Fox", "Jungle Tracking", "Abseiling", meniti jambatan gantung dan bina rakit. Jujur ku katakan, inilah kali pertama aku bina rakit. Hasilnya agak membanggakan. Berkat kesungguhan dan kerjasama aku dan ahli kumpulan, kami jadi juara. Tak sangka konsep rakit kami sangat stabil. Bangga habis!!!
Paling lawak, semasa sedang melungsur di udara (Flying Fox), sempat lagi kami berhenti di tengah semata-mata untuk menangkap gambar. Peserta lain siap gelakkan kami dari jauh. Hasilnya, gambar yang kami tangkap cun dan gempak!!! Hahaha..
Lain pula ceritanya semasa "Abseiling". Kumpulanku telah terpilih sebagai kumpulan pertama yang membuat aktiviti tersebut. Dimulakan dengan Tok Ketua kami dan diiikuti oleh aku dan yang lain. Aku merupakan peserta wanita pertama yang turun. Mereka yang di bawah kedengaran seperti kagum. Kata mereka akulah peserta paling "cool" turun dengan "lollypop" di mulut. Tergelak aku dengan pernyataan itu. Sebenarnya, entah kali keberapa aku sertai aktiviti seperti itu. Memang rasa takut itu sudah tiada. Kelakar melihat gelagat teman lain, tak kira lelaki mahupun perempuan. Semua berwajah pucat. Menggigil kepala lutut pun ada...
Memang seronok jika dapat sertai aktiviti seperti ini sekali sekala. Entah bila baru aku dapat peluang untuk buat aktiviti seperti ini lagi..
No comments:
Post a Comment