Sering aku dilihat ceria. Sejak dulu hingga kini. Mereka sangka aku tak pernah punya masalah. Mereka fikir hidupku selalu bahagia. Itu apa yang mereka nampak dan sedikitpun aku tak salahkan mereka.
Aku sering merengek tika punya masalah yang tidak dapat diselesaikan. Itu apa mereka lihat. Sedang sebenarnya aku rela diam dan cuba selesaikan masalah itu tanpa mereka tahu aku hampir putus saraf berfikir... Yang aku rengekkan cuma sekadar mencuri sedikit perhatian.
Entahlah. Walau aku hidup dikalangan mereka yang "happening", aku masih rasa sepi. Tiada niat menjadi "centre of attraction". Aku hanya mahu sedikit perhatian. Apa yang aku buat, semua seperti tak kena. Aku masih rasa terpinggir. Aku masih rasa tersisih. Kerap kali aku ingatkan diri agar tidak berprasangka buruk namun, aku tetap rasa yang sama.
Aku dulu dan kini masih sepi. Walau bermacam cara aku cari. Seakan aku dan sepi satu entiti.
Aku yang selalu sepi.
3 comments:
sy windu awk la....
kau xkan sunyi slagi kau ade kwan yg mahu memahami kau....
sunyi itu hanya rasa tpi kwan2 yg baik itu tetap nyata...dan bila kau hargai kawan, sunyi itu akan kecewa dan pergi,dan gmbira psti menanti,senyum itu juga penawar klu kau sunyi, jdknlah senyum itu penawar.....tpi yang pasti dimana ada sunyi dia stu ada aku yg akan menghiburkn kau.... :)
thanks for the comment!!! :)
rindu awk gak..hahaha..
Kawan, sepi dan sunyi tu mcm lain.. Sunyi tu lebih kpd persekitaran. Manakala sepi tu lebih kpd apa yg HATI rasa. Well, itu cuma my personal point of view lah. Memang tak sunyi dikelilingi kawan2 yg ceria. Meriah dgn gelak tawa. Tapi jauh di sudut hati, semacam bukan itu yang di cari. Rasa mcm kosong. Sepi..
Post a Comment