About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, October 30, 2010

Tanpanya


Tanpanya
Aku mungkin sedikit bosan

Tanpanya
Aku mungkin rasa kehilangan

Tanpanya
Aku mungkin tidak keruan

Terbiasa dengannya
Bersama ke mana-mana
Bercerita tentang apa saja
Berkongsi rasa dan cerita

Tanpanya
Aku perlu mara

Tanpanya
Tak mungkin hari-hariku seperti biasa

Tanpanya
Aku bermula semula

Tanpanya
Aku pasti rindu saat bersama

Friday, October 29, 2010

Aku dan Sepi

Sering aku dilihat ceria. Sejak dulu hingga kini. Mereka sangka aku tak pernah punya masalah. Mereka fikir hidupku selalu bahagia. Itu apa yang mereka nampak dan sedikitpun aku tak salahkan mereka.

Aku sering merengek tika punya masalah yang tidak dapat diselesaikan. Itu apa mereka lihat. Sedang sebenarnya aku rela diam dan cuba selesaikan masalah itu tanpa mereka tahu aku hampir putus saraf berfikir... Yang aku rengekkan cuma sekadar mencuri sedikit perhatian.

Entahlah. Walau aku hidup dikalangan mereka yang "happening", aku masih rasa sepi. Tiada niat menjadi "centre of attraction". Aku hanya mahu sedikit perhatian. Apa yang aku buat, semua seperti tak kena. Aku masih rasa terpinggir. Aku masih rasa tersisih. Kerap kali aku ingatkan diri agar tidak berprasangka buruk namun, aku tetap rasa yang sama.

Aku dulu dan kini masih sepi. Walau bermacam cara aku cari. Seakan aku dan sepi satu entiti.

Aku yang selalu sepi.

Monday, October 25, 2010

Team Building...

Lama sudah kiranya aku tidak mencoret apa-apa di sini..Aku baru pulang dari Team Building di Dusun Eco Resort anjuran Ops Dept. Hmmm... Komen mengenai aktiviti di situ??? Secara keseluruhannya, memuaskan. Sudah lama tidak "terjebak" dengan aktiviti-aktiviti lasak seperti "Flying Fox", "Jungle Tracking", "Abseiling", meniti jambatan gantung dan bina rakit. Jujur ku katakan, inilah kali pertama aku bina rakit. Hasilnya agak membanggakan. Berkat kesungguhan dan kerjasama aku dan ahli kumpulan, kami jadi juara. Tak sangka konsep rakit kami sangat stabil. Bangga habis!!!

Paling lawak, semasa sedang melungsur di udara (Flying Fox), sempat lagi kami berhenti di tengah semata-mata untuk menangkap gambar. Peserta lain siap gelakkan kami dari jauh. Hasilnya, gambar yang kami tangkap cun dan gempak!!! Hahaha..

Lain pula ceritanya semasa "Abseiling". Kumpulanku telah terpilih sebagai kumpulan pertama yang membuat aktiviti tersebut. Dimulakan dengan Tok Ketua kami dan diiikuti oleh aku dan yang lain. Aku merupakan peserta wanita pertama yang turun. Mereka yang di bawah kedengaran seperti kagum. Kata mereka akulah peserta paling "cool" turun dengan "lollypop" di mulut. Tergelak aku dengan pernyataan itu. Sebenarnya, entah kali keberapa aku sertai aktiviti seperti itu. Memang rasa takut itu sudah tiada. Kelakar melihat gelagat teman lain, tak kira lelaki mahupun perempuan. Semua berwajah pucat. Menggigil kepala lutut pun ada...

Memang seronok jika dapat sertai aktiviti seperti ini sekali sekala. Entah bila baru aku dapat peluang untuk buat aktiviti seperti ini lagi..

Friday, October 22, 2010

Melangkah Lagi

Setiap yang berlaku punya hikmah di sebaliknya
Aku atau Kau perlu selalu maju ke hadapan
Bukan untuk Kau, Bukan untuk Aku
Tapi untuk pengalaman

Kisah lalu hanya akan jadi kenangan
Kenangan yang kau hanya akan kenang dan bukan untuk kau bawa ke hadapan

Kenangan hanya akan buat kau susah untuk bangun dan melangkah
Dan kau cuma perlukan kenangan untuk mengimbau saat indah

Setiap yang hadir pasti pergi
Dan setiap yang pergi tak perlu di tangisi
Kerana bila ia terjadi, itu menandakan bahawa kau perlu maju selangkah lagi

Jangan pernah berhenti melangkah
Kerana itu fitrah

Yang diam kaku tanpa mahu melangkah itu golongan bodoh yang takut akan sesuatu yang belum tentu ada bahayanya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Jangan pernah berhenti.Yakin melangkah ke hadapan lagi. Aku pasti kau pasti ketemu apa yang kau ingini.

Saturday, October 16, 2010

Salahkah Sayang???

Siapapun dia yang aku sayang bukan masalah kamu
Aku tak minta kau untuk ambil tahu
Biarlah ia jadi rahsia hatiku

Aku tahu batas-batas sayang
Aku bukan bangang
Hanya sekadar sayang
Salahkah sayang?

Aku cukup bahagia bila yang tersayang bahagia
Senyumannya cukup buat aku berbunga-bunga
Tidak perlu untuk terjemah sayang yang aku rasa
Lebih lagi buat kau yang ...

Cemburu???

Apa yang aku ada?
Apa yang kau tiada?
Apa yang aku kata?
Kanapa mesti cemburu menjerut rasa?

Aku cuma aku
Tak pernah cuba jadi kamu
Tak ingin kamu jadi aku
Kenapa mesti cemburu?

Aku tak punya apa untuk kau cemburu
Tiada yang istimewa berbanding kamu
Kau tak perlu pening cari cara untuk jatuhkan aku
Sebab kau dah cukup sempurna berbanding aku