Tatkala diri dilanda kebosanan maksima, hadir dia bergelar seseorang. Ku akui sifatnya yang disenangi. Walaupun kadangkala membuatku sedikit sebal. Jika difikirkan secara logik, aku hanya seorang yang terlalu biasa untuk dikagumi. Juga terlalu biasa untuk dipuja. Entah di mana silapnya, pandangan matanya tersasar ke arahku. Hairan.
Mungkin kerana sudah terbiasa sendiri, aku sedikit rimas dengan sikapnya. Aku akui tidak bijak dalam hal-hal yang melibatkan hati dan perasaan. Kebodohanku begitu terserlah di saat aku melepaskan seseorang yang dulu pernah cuba memiliki hatiku.
Seseorang yang baru ku temui ini mungkin jejaka idaman Malaya. Bergaya dan bercitarasa. Namun, kerana dirinya jugalah membuat aku kurang selesa. Berdamping dengannya buat aku rasa rendah dan di bawah (bukan kerana aku sememangnya rendah). Aku terasa kecil di mata dunia. Tidak layak berada senada.
No comments:
Post a Comment