About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Sunday, March 22, 2009

A.K.U

Aku berjalan sendiri...
Terus dengan kepala tunduk ke bumi.
Gerak ku laju seakan berlari.
Terasa mengah, aku berhenti.
Terasa sukar mendongak kepala.
Terasa hangat dek pandangan mata.
Pantas ku berlalu pergi.
Mencari tempat berlindung yang agak tersembunyi.
Rimas.
Puas ku belek.
Puas ku tarik.
Semuanya kelihatan baik.
Hairan dan pelik.
Ku bawa kaki terus melangkah menuju ke destinasi.
Terpandang pantulan wajah di cermin kiri.
Kutatap lama.
Kucuba cari mana silap dan celanya.
Hampa.
Mungkin aku punya masalah mata.
Kutanya mereka, apa yang tak kena?
Jawapan tiada apa buatku kecewa.
Selesai urusan, ku bawa kaki melangkah pergi.
Sekali lagi aku diperhati.
Seperti aku tidak punya hak berpijak bumi Illahi.
Aku bukan orang ternama.
Juga tidak dari kerabat diRaja.
Hendak di kata hodoh paras rupa, mungkin ada benarnya.
Salahkah insan yang tidak berupa berpijak di bumi nyata?
Begitu berdosakah aku kerana tidak jelita?
Aku perlu jawapan.

aZzA.luv.pEaCe

No comments: