About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Saturday, December 31, 2011

31 Disember 2011

Maka, berakhirlah tahun 2011 tepat jam 12 malam ini... Dikenang kembali perjalanan sepanjang tahun 2011, banyak perkara yang telah dipelajari. Yang paling penting, cara menangani emosi. Haih, diharap tinta 2012 dihias dengan lebih ceria bersama warna-warna indah.

Tutup buku lama, buka buku baru. Lupakan kisah duka, ciptakan cerita bahagia. Selamat Tahun Baru!!!


Tuesday, December 27, 2011

Ayah di Wad Kecemasan

Tak keruan aku sepanjang di pejabat. Ayah masih di wad kecemasan. Aku risau, takut, dan yang sewaktu dengannya. Memang tengah buat kerja tapi tangan gatal browse pasal CABG (Coronary Artery Bypass Graphing). Pembedahan jantung menggunakan kaedah "bypass" iaitu menyambungkan urat yang diambil dari kaki atau tangan pada jantung bagi memudahkan pengaliran darah (oksigen) dipam masuk/keluar bagi menggantikan saluran yang sumbat akibat kolesterol. Rasa jantung aku pula yang berdegup laju. Keutamaan aku bukan kaedah atau cara rawatan CABG tapi proses penyembuhan dari pembedahan.

Dah seminggu ayah di rumah tapi belum kebah demamnya. Tampak semakin sakit keadaannya. Laman web yang membantu aku memahami hal-hal berkenaan jantung dan CABG:
1) Cleveland Clinic


2) The Society of Thoracic Surgeon




Wishing for the best buat ayah...

Friday, December 23, 2011

Kucari Damai Itu...

Aku sibuk. Sibuk memikirkan itu ini sampai lupa biar minda berehat. Semakin hari otak semakin tepu. Dalam sibuk kucuri waktu. Jiwa meronta dan aku semakin tertekan. Tanggungjawab terbeban dipundakku. Tiada yang boleh kupercaya. Tiada tempat mengadu. Hampir gila.

Kurindu kala itu. Sendiri mendengar lagu. Hilang segala letih lesu. Damai...

Masa terlalu pantas berlalu untuk aku toleh ke belakang. Semuanya seakan hilang terus dari pandangan. Kuhayun langkah perlahan. Berharap terjumpa damai di situ. Damai yang pernah kutinggal dulu.

Damai yang kurindu... Kucari damai itu...

~~melayan perasaan sambil layan instumental music Hazman Halid...