Aku sibuk. Sibuk memikirkan itu ini sampai lupa biar minda berehat. Semakin hari otak semakin tepu. Dalam sibuk kucuri waktu. Jiwa meronta dan aku semakin tertekan. Tanggungjawab terbeban dipundakku. Tiada yang boleh kupercaya. Tiada tempat mengadu. Hampir gila.
Kurindu kala itu. Sendiri mendengar lagu. Hilang segala letih lesu. Damai...
Masa terlalu pantas berlalu untuk aku toleh ke belakang. Semuanya seakan hilang terus dari pandangan. Kuhayun langkah perlahan. Berharap terjumpa damai di situ. Damai yang pernah kutinggal dulu.
Damai yang kurindu... Kucari damai itu...
~~melayan perasaan sambil layan instumental music Hazman Halid...
2 comments:
aku hanya mahu rehat dengan scukupnya....
mahu juga!!! :)
Post a Comment