About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, September 5, 2013

Kek Ekspres

Pada suatu malam yang damai, selepas sejam berendam dan berenang-renang di kolam renang, saya pulang ke rumah dengan harapan nak makan kenyang-kenyang. Kelaparan yang agak tak boleh tahan membuatkan saya singgah ke pasaraya untuk membeli beberapa bahan makanan dan sedikit keperluan peribadi yang lain. Ralit tengok barang, terlupa terus perut yang lapar. Apa yang saya beli? Satu pek biskut marie dan susu rendah lemak. kononnya untuk mengalas perut. Setibanya saya di rumah, saya dapati mama sediakan banyak pula menu makan malam. Disebabkan sudah terbeli biskut yang dijamin tak akan dimakan oleh sesiapapun, saya mengajak mama untuk membuat kek batik. Ya, pada asalnya, kami berniat mahu membuat kek batik.

Memandangkan bahan masakan yang serba kekurangan, kami berkeputusan untuk guna saja apa yang ada.

Bahan-bahannya;
5 butir telur ayam
1 pek butter cap Buttercup saiz kecil, 250g kot.
1 cawan serbuk coklat
1 pek biskut marie perisa original
1 tin susu pekat manis
Sedikit gula - sukatan ikut sedap tekak masing-masing... Heheh...
Sedikit nescafe untuk kuatkan rasa coklat. 

Cara-caranya;

Pukul hingga sebati campuran telur dan butter. Seeloknya biar butter cair/lembut baru lah pukul bersama telur sehingga kembang. 
Panaskan campuran tadi di atas api. Masukkan susu pekat manis dan kacau sehingga sebati.
Setelah agak sebati, masukkan serbuk coklat dan kacaukan sekali lagi.
Kemudian, masukkan sedikit gula dan nescafe. Ikutselera masing-masing.
Patahkan kepingan biskut sehingga menjadi kecil tetapi elakkan daripada menjadi terlalu kecil. Sebab biskut ini akan membantu mendapatkan tekstur yang cantik untuk kek. Ingat, patahkan biskut. Bukan hancurkan!
Masukkan biskut tadi ke dalam bancuhan coklat yang masih di atas api. Perlu diingatkan di sini, bancuhan coklat mestilah sentiasa dikacau di atas api bagi mengelakkan ketulan-ketulan yang tak menarik perhatian. 
Setelah campuran coklat meliputi seluruh permukaan biskut, tuangkan dan mampatkannya ke dalam bekas. Biarkan sejuk.

Saya biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum memotongnya kepada ketulan kecil (chunk) untuk bekalan ke pejabat.

 

Hasilnya? Ehem2... Sepotong je yang saya dapat rasa, selebihnya telah dibedal oleh officemate yang macam pirana. Walaupun rupanya xberapa menarik kalau dibandingkan dengan kek batik sebenar, tapi rasanya boleh tahan sedap.

 

Kepada sesiapa di luar sana yang teringin nak cuba buat kek sendiri di rumah, bolehlah cuba kek ekspres resepi saya dan mama. 

Selamat mencuba!
XOXO

No comments: