2012 bukanlah sesuatu yang terlalu indah jika dibanding dengan tahun sebelumnya. 2012 merupakan tahun aku bekerja separuh mati. Mengemis masa untuk diri sendiri. Untung kawan-kawan tidak biar aku sepi. Masih mahu meneman hati.
Hamba kerja. Itu kata ibu. Aku terlalu sibuk dengan urusan pejabat sehingga mengabaikan diri. Keluarga dan sahabat handai apakan lagi. Wajah manis bertukar Zombie. Benar, itu aku. Walau tampak susah. Walau mereka minta aku berundur. Aku masih gagah mengharung hari-hari perit itu kerana aku yakin rahsia hidup tersembunyi di situ. Hasilnya, hari ini aku mampu senyum dengan usahaku sendiri. Mungkin aku bukanlah berjaya mana, tapi hasil usaha buat aku berehat lebih awal dari mereka yang lain. Aku seakan serasi dengan cara hidup begini.
Kita pandang dari sudut positif. Aku bekerja seawal 9 pagi setiap hari. Waktu pulang yang tidak pernah tetap. Adakala yang tidak boleh pulang terus. Penat? Ya, tapi aku puas. Ibu ayah tak perlu risau andai aku pulang lewat. Mereka tahu tujuku satu. KERJA. Kelab malam yang bingit tentunya bukan tempatku. Berpeleseran dan terkinja-kinja bersama pasangan juga bukan gayaku. Aku mungkin bukan gadis alim, aku juga bukan datang dari kelas atasan tapi maruah diri dan kelurga ku junjung tinggi.
Menjeling ke belakang seketika. Walau sibuk aku masih sempat menghadiri majlis perkahwinan teman rapatku. Aku masih sempat ulang alik ke kampung menjenguk datuk nenek di kampung. Sayangnya, aku punya masa yang terhad untuk temani ibu ayah di rumah. Untuk diri sendiri, asalkan aku dapat bersendiri seketika pun aku dah puas hati.
Semoga 2013 tidak begitu kejam. Diharap 2013 buat aku jadi lebih matang dan berani mengharungi hari-hari mendatang.
Salam akhir tahun!
3 comments:
InsyaAllah.. :)
Hey, It's been awhile! Thanks for dropping by.
Yea! Things change..
Post a Comment