About Me

My photo
Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...

Thursday, January 19, 2012

Kisah Cuti Kontroversi

Saja nak kongsi.

Aku mengaku kerap ambil cuti sejak akhir-akhir ni. Cuti tahun lepas banyak kot... kalau tak habiskan, bukan dibayar pun. Aku habiskan seluruh cuti yang berbaki untuk menjaga ayah yang baru menjalani pembedahan jantung. SALAH??? Hmmm...

Aku baru dapat tahu tadi bila kakak HR keluarkan statement susah kalau orang tak cukup rasa ni. Teng!!! Haruslah tak faham apa katanya. Setelah mengorek cerita, fahamlah aku bila cuti aku dipersoal. Sungguh aku tak faham kenapa bila aku cuti, sibuk sangat nak tahu aku buat apa. Masa aku cutilah nak minta macam-macam. Bila terpacak kat pejabat tu, lalu pun tak nak pandang. Ingat aku ni patung ke? Kalau hilang dari mata baru sibuk nak tanya? Motif?

Yang paling tak puas hati bila cuma cuti aku yang dipertikai. Bila aku balik lewat malam, ada DIA kisah nak naikkan gaji ke? Bagi bonus lebih ke? Dasar sampah kan? Memang tak ada perikemanusiaan. Sia-sia jadi manusia. Bukan aku tak apply cuti. Borang cuti aku isi lama sebelum bercuti. Salah aku ke kalau DIA tak ambil tahu? Kalau dah tahu department aku sangat PENTING, kenapa tarik budak aku masuk department lain? Kenapa biar aku jaga department secara solo? Muka nilah yang nak kena buat kertas kerja. Muka nilah yang nak pergi lawat tapak. Muka ni jugalah yang nak kena follow-up client. Terima kasih banyak sebab percaya kat aku tapi agak-agak jugalah bila semua nak tala kat aku. Apa kata bagi kat aku gaji pengurus, eksekutif, kerani, dan budak penghantar. Dengan senang hati aku kerja. Malu tau tak bila pengurus cabuk ni yang kena pergi hantar sepucuk surat semata sampai kena tegur, "Company you ni tak ada dispatch ke? Cut cost ke?". Kalau sekali sekala tu tak adalah aku kisah sangat tapi kalau dah setiap kali nak hantar surat aku gak yang kena pergi... Aaaaarrgghhhhhh!!! Benci betul!!!

Berbalik kepada cerita cuti kontroversi aku. Aku bukanlah nak minta sesiapa dari ahli keluarga beliau bernasib kurang baik macam ayah aku sampai nak kena bedah bagai, cumanya aku berharap beliau tu BUKA MATA BESAR-BESAR dan ambil tahu hal-hal kebajikan pekerja. Kita sama-sama makan gaji. Bertimbang rasa sikit takkan tak boleh. Apa guna jadi pemimpin kalau benda basic macam ni pun aku nak kena ajar. Belajar sampai Universiti. Takkan tak boleh fikir?




Gambar sekadar hiasan

2 comments:

guest writer said...

kita mengalami permasalahan yang hampir serupa. haish

zaZa_Luv said...

SEBAL, kan...?