Tutup buku lama, buka buku baru. Lupakan kisah duka, ciptakan cerita bahagia. Selamat Tahun Baru!!!
About Me
- zaZa_Luv
- Sedang mencari tahu tentang kehidupan. Melalui hari-hari demi menimba pengalaman. Biar menjadi teladan dan pedoman...
Saturday, December 31, 2011
31 Disember 2011
Tutup buku lama, buka buku baru. Lupakan kisah duka, ciptakan cerita bahagia. Selamat Tahun Baru!!!
Tuesday, December 27, 2011
Ayah di Wad Kecemasan
Tak keruan aku sepanjang di pejabat. Ayah masih di wad kecemasan. Aku risau, takut, dan yang sewaktu dengannya. Memang tengah buat kerja tapi tangan gatal browse pasal CABG (Coronary Artery Bypass Graphing). Pembedahan jantung menggunakan kaedah "bypass" iaitu menyambungkan urat yang diambil dari kaki atau tangan pada jantung bagi memudahkan pengaliran darah (oksigen) dipam masuk/keluar bagi menggantikan saluran yang sumbat akibat kolesterol. Rasa jantung aku pula yang berdegup laju. Keutamaan aku bukan kaedah atau cara rawatan CABG tapi proses penyembuhan dari pembedahan.
Dah seminggu ayah di rumah tapi belum kebah demamnya. Tampak semakin sakit keadaannya. Laman web yang membantu aku memahami hal-hal berkenaan jantung dan CABG:
1) Cleveland Clinic
2) The Society of Thoracic Surgeon
Wishing for the best buat ayah...

Friday, December 23, 2011
Kucari Damai Itu...
Aku sibuk. Sibuk memikirkan itu ini sampai lupa biar minda berehat. Semakin hari otak semakin tepu. Dalam sibuk kucuri waktu. Jiwa meronta dan aku semakin tertekan. Tanggungjawab terbeban dipundakku. Tiada yang boleh kupercaya. Tiada tempat mengadu. Hampir gila.
Kurindu kala itu. Sendiri mendengar lagu. Hilang segala letih lesu. Damai...
Masa terlalu pantas berlalu untuk aku toleh ke belakang. Semuanya seakan hilang terus dari pandangan. Kuhayun langkah perlahan. Berharap terjumpa damai di situ. Damai yang pernah kutinggal dulu.
Damai yang kurindu... Kucari damai itu...
~~melayan perasaan sambil layan instumental music Hazman Halid...

Thursday, December 22, 2011
Pencarian... Sepi
Aku masih dalam misi mencari. Mencari mana silapnya. Mencari mana hilangnya. Mencari apa kurangnya. Diri ini terasa begitu sepi. Hairan. Aku tak hidup sendiri. Keluarga dan kawan sentiasa disisi. Aku kurang pasti kenapa mesti sepi menemani.
Umur yang semakin meningkat. Tanggungjawab yang semakin berat. Jadual yang selalu padat. Semuanya tak mampu membuang sepi. Aku mencari-cari punca. Adakah memang takdirku sepi? Haruskah aku melalui hari-hari mendatang sendiri? Awan mendung seakan turut menyelubungi hati. Seakan biar aku sunyi.
Bukan kutakut sendiri tapi kutakut sunyi. Aku tak betah sendiri andai sepi tetap menemani. Masih mencari sehingga kini. Mencari jalan agar sepi kujauhi.

Sunday, December 11, 2011
Berkampung di PPUM
Diharap ayah kuat semangat dan berjaya lepasi saat kritikal dengan cemerlang. Kami akan doakan ayah akan sihat sepenuhnya dalam masa singkat supaya kita boleh pergi berkelah seperti biasa. Jangan fikir benda lain.
Just hit the goal and come back to us. WE LOVE YOU NO MATTER WHAT. DO WELL!!! Sayang Ayah sampai bila-bila.
Saturday, December 3, 2011
Midnight Movie: Ombak Rindu (1)
Sambungan kepada Midnight Movie: Ombak Rindu.
Done watching it. Comments:
Some parts; Bolehlah
Some other parts; dang!!! I was touched...
Few parts; nampak macam kurang budget
Syahdu time klimaks
Ending part; sweet
Yang best, view menarik.
Tambahan, kalau nak tengok cerita ni jangan bandingkan dengan novel/karya asal. Sebab tak banyak yang sama pun kecuali watak. Tapi silalah tengok dan sokong karya anak tempatan.
p/s: Maaf ye, komen ini dibuat sejurus selepas pulang dari menonton ombak rindu. Jam 3 pagi dan tak larat rasanya nak betulkan struktur ayat, tatabahasa dan yang sewaktu dengannya. Dan ini cuma pandangan peribadi.

Friday, December 2, 2011
Midnight Movie: Ombak Rindu
Tak sabarnya nak menonton Ombak Rindu malam ni. Banyak juga komen-komen dari mereka yang dah menonton cerita. Ada yang tak puas tengok sekali dan mahu tengok lagi. Ada juga yang komen ini cerita air mata. Ada yang kata tak seronok. Tak kisahlah apa pun. Seronok atau tidak itu subjektif. Kalau yang suka mestilah positif komennya. Kalau tak suka, negatiflah yang kita dengar.
Secara peribadi, aku rasa kita tak boleh nak samakan cerita yang ditayangkan di pawagam dengan karya asal/novel. Logiknya, katalah kita berjaya habiskan baca novel dalam masa dua hari. Bandingkan dengan cerita yang dimainkan di pawagam selama dua jam. Haruslah ada bahagian yang dipotong dan ditukar mengikut kesesuaian? Tak begitu?
Tak kisahlah apa orang nak komen. Yang penting diri sendiri. Wayang malam ni mula jam 12.10. Elok tidur dulu sebelum tertidur semasa menonton.
Subscribe to:
Posts (Atom)